Rabu, 15 Jun 2011

Kesatuan perlu bersatu bela nasib warga pendidik

2011/06/15

SAYA sudah berkhidmat di Kementerian Pelajaran selama lebih 10 tahun dan kerap menatap keluhan guru di akhbar dan laman sosial.

Daripada pelbagai isu termasuk gaji, pentadbiran sampailah kepada isu kerja yang membebankan.
Isu ini seakan-akan tiada kesudahannya. Seolah-olah kebajikan dan kerja mulia ini tidak indah walhal pelbagai perkara diambil oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Guru adalah penentu kepada masa depan negara berdasarkan kepada produk yang bakal terhasil daripada buah tangan kerja mereka, namun adalah sukar untuk guru melaksanakan tugas mulia ini seandainya masalah yang dihadapi mereka tidak diselesaikan dengan bijak.

Antara perkara yang patut dipandang oleh semua pihak ialah berkaitan dengan kesatuan guru.

Persatuan atau kesatuan adalah tempat di mana pekerja meluahkan perasaan untuk dibawa kepada majikan mereka.

Dalam bidang pendidikan saja, sudah ada lebih 25 persatuan guru. Satu jumlah yang terlampau banyak berbanding dengan perkhidmatan kerajaan lain.
Impak yang ketara daripada situasi ini adalah setiap persatuan hanya memperjuangkan isu berkaitan dengan ahli mereka saja dan sekali gus ia tidak menyelesaikan pelbagai isu sebenar bidang ini secara tuntas.

MOHD SALLEHUDDIN ABU HASSAN,
Taman Maju, Parit Raja

Berita Harian Online: 15 Jun 2011

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PECAH...PERINTAH.....Dlm banyak hal, KPM & masyarakat guru/Malaysia , hanya mengenali KPPK