Selasa, 28 Jun 2011

Guru siswazah sekolah rendah terpinggir

2011/06/28

SEBAGAI guru, saya berterima kasih kepada kerajaan kerana banyak membantu meningkatkan tahap profesionalisme pendidikan negara. Tidak dapat dinafikan banyak insentif diberi kepada pendidik sejajar dengan bebanan yang digalas mereka.

Kerajaan juga membuka ruang cukup luas kepada pendidik meningkatkan tahap kualiti modal insan masing-masing dengan menggalakkan mereka menyambung pelajaran hingga dapat menggenggam segulung ijazah.
Terlalu ramai guru yang menyahut cabaran ini dan amat berbangga apabila dapat menamatkan pengajian.
Namun, disebabkan sistem kenaikan pangkat yang pincang, mereka terus teraniaya. Amat malang guru ini yang berada di gred DG41, malah ada yang bergred DG44 di sekolah rendah, dinafikan peluangnya untuk menjadi pentadbir sekolah, seolah-olah pengalaman dan ilmu mereka langsung tidak ada nilainya dalam perkiraan jawatan itu.

Kementerian Pelajaran hanya menawarkan guru penolong kanan sekolah rendah kepada guru DG32 saja, maka berebutlah golongan ini mengisi borang. Guru berijazah di sekolah rendah hanya mampu menggigit jari saja sedangkan mereka jauh lebih senior.

Lebih mencelarukan lagi apabila guru penolong kanan bergred DG32 menyambung pelajaran ke peringkat ijazah tidak pula diturunkan menjadi guru penolong, malah diserapkan terus kepada DG41 dengan jawatan sama.

Ini membuktikan guru penolong kanan di sekolah rendah boleh dijawat oleh orang yang bergred DG41 ke atas.
Jadi mengapa guru yang asalnya bergred DG41 masih terus teraniaya dengan tidak ditawarkan jawatan berkenaan sedangkan mereka lebih senior. Adakah surat tawaran itu tidak boleh diubah?

Semoga cerdik pandai di Kementerian Pelajaran dapat melihat kepincangan ini dan menanganinya dengan penuh hikmah, agar tiada lagi diskriminasi kepada guru penolong DG41 di sekolah rendah.

GURU IJAZAH TERPINGGIR,
Kuala Terengganu

Berita Harian Online: 29 Jun 2011

27 ulasan:

guru lama berkata...

Pincang..betul-betul pincang...Ingat Filem Tan Sri P. Ramlee ?? " KELUARGA 69". Itulah kira-kira bagi guru-guru sekolah rendah

Saya pun rasa terkilan bagaimana guru-guru berijazah diarah-arah oleh guru-guru yang hanya lulus SPM/STPM atau Diploma Pendidikan..je.

Nasiblah sya tidak balik sekolah rendah kerana lepas belajar terus ke sekolah menengah ..dan sykurlah kerana di SM tiadalah macam Filem " Keluarga 69".

Kasian kaurang ..guru-guru SR. Tapi perkara ini kerna di perjuangkan habis-habisan perkara ini memalukan guru-guru berijazah.

Apa guna ijazah kalau taraf lebih rendah daripada Diploma malah kena tengking lagi dengan PK yang hanya DGA32..pee lah..

Tanpa Nama berkata...

"bagaimana guru-guru berijazah diarah-arah oleh guru-guru yang hanya lulus SPM/STPM atau Diploma Pendidikan..je."
belajar tinggi sebab nak pangkat tinggi je ke? patutlah sekarang ni graduan pun memilih-milih kerja. yang biadap pun ada, penuh dengan rasa angkuh walaupun pengalaman tak seberapa. Besar sangat ke kalau ada ijazah tapi ngajar SR hingga rasa terkilan jika guru tiada ijazah beri arahan... ijazah awak tak boleh tolong awak kat akhirat la cikgu, kalau jiwa tu tak ikhlas kerja.

Tanpa Nama berkata...

Perkhidmatan pendidikanlah satu-satunya yang bercelaru. kelemahan tahap LINUS menyebabkan suasana di sekolah tidak harmoni skrg.
Mana ada Jabatan Kerajaan yg Ketua Jabatan dan penolongnya mempunyai gred yg lebih rendah drp org bawahan. Dah la tu, kata jawatan GB/PK utk PPPLD shj....tapi kalau GB/PK yg sambung belajar, dpt pulak kekalkan jwtn. Apa crita ni?

kalau tak boleh, biarlah semua tak boleh. Kalau boleh, biar semuanya boleh.

UTK kesedaran semua, dlm tempoh 5 thn lagi GB/PK DGA 32/34/38 amat tidak releven lagi. org akan mentertawakan shj golongan ini.

borhanuddin berkata...

orang tak ketawa sebab orang tak peduli. cikgu siswazah yang gila pangkat saja yang kalut.

Tanpa Nama berkata...

Pelik tetapi inilah kenyataan...The one and the only one jabatan kerajaan yang begini situasinya...

Pada pendapat saya, yang telah dilantik memegang jawatan walaupun mereka hanya gred 34 atau 32, teruskan...tidak ada salahnya.

Akan tetapi, pada lantikan yang akan datang, bermulalah dengan gred yang tertinggi. Telah ramai guru yang telah sampai ke gred DG44di sekolah rendah pada masa ini.

Bermulalah era dengan GB di gred yang tertinggi diikuti dengan GPK-GPKnya. (sekadar pandangan ...)

Tanpa Nama berkata...

Bersabar aje le semua guru DG41, tak lama lagi semua GB yg ada sekarang akan berpencen. Kumpulan guru2 lepasan diploma juga akan semakin pupus disebabkan tibanya masa mereka berpencen, dan adanya peluang program pensiswazahan. Saya yakin dalam tempoh 10 tahun lagi GB disekolah rendah akan dikuasai oleh guru2 DG44 atau DG48. Pengetua disekolah menengah mungkin berDG52 dan 54.. .

Alfatihah berkata...

Mengenai pangkat dlm perkhidmatan ni tidak perlu cikgu-cikgu berijazah mempertikaikan.Apa yang penting kita sama-sama memberikan perkhidmatan terbaik kepada anak-anak murid kita.Walaupun kita mempunyai ijazah sarjana(master) pun kalau tidak mengaplikasikan apa yang dipelajari tiada maknanya.Tidak semestinya kita berada di bawah tidak boleh menunjukkan prestasi yang baik.Biasa lah apabila kita menerima arahan daripada pihak atasan perlulah akur dan menurut perintah tetapi kita masih boleh berbincang dan berdiplomasi tentang satu-satu perkara.Mungkin cikgu-cikgu berijazah mengatakan pihak atasan kebanyakkanya mempunyai kelulusan lebih rendah tetapi pengalaman mereka dalam bidang ini perlu dihargai.Mereka yang lebih dahulu makan garam daripada kita.Kita juga tidak perlulah mendabik dada mengatakan aku yang terbaik.Ingatlah satu hari nanti jika polisi kementerian pelajaran berubah dimana cikgu-cikgu perlu mempunyai ijazah sarjana(master) dan ketika itu kita telah dinaikkan pangkat dan masih mempunyai ijazah sahaja.Apakah perasaan kita pada ketika itu????Fikir-fikirkan lah

Tanpa Nama berkata...

Bukan nak cerita siapa makan garam dulu. Garam dulu...garam skrg sama saja...tetap masin..

Yg dibincangkan ialah, bagaimana Ketua Jabatan mempunyai gred lebih rendah drp org bawahan.

borhanuddin berkata...

bagaimana Ketua Jabatan mempunyai gred lebih rendah drp org bawahan? Soalan bodoh yang lagi ditanya. Sebab dulu tak wujud guru siswazah di sekolah rendah. Gred GB masih sama, gred guru pun masih sama. Hingga wujudlah siswazah-siswazah di kalangan guru yang rasa besar sangat dan rasa mereka layak jadi pentadbir.

guru lama berkata...

Sdra Borhanuddin itu bukan soalan bodoh U yang bodoh sebab tak pergi belajar..orang lain dah peggang ijazah. U masih lagi dengan sijil perguruan maktab. Persoalan itu Persoalan Pintar..kerana orang yang sedar sahaja kedudukan yang sebenarnya banyak berfikir demi menjaga maruah bidang keguruan yang semain di pertikaikan orang luar.

Memang patutlah GB sekrang turun pangkat kerana ramai guru yang seusia dengan GB dah berijazah. Kerajaan sudah bagi peluang Gb lanjutkan pelajaran tapi tidak mahu belajar.Bukankah itu namanya bodoh. kerajaan bagi biasiswa pun tidak mahu. Bagi GB yang dah graduat tu tak masalah le ..selesai masalah ..


Tapi Guru dan Gb yang konon senior tu tapi tak sambung belajar ..bodohlah tu

borhanuddin berkata...

guru lama : Stupid is as stupid does.
Kalau setakat menjawab soalan bodoh by calling people bodoh, and assuming people are non-graduate... saya tabik lah university yang awak graduate for producing a low-class mentality like you.
"Apa guna ijazah kalau taraf lebih rendah daripada Diploma"?
Guru Besar tu jawatan hakiki, kita ni KUP. Apapun KUP perlu menjawab kepada hakiki. Ada pengetua yg DG48 tapi gurunya cemerlang JUSA. Walaupun JUSA, jawatan yang disandang itu adalah jawatan guru DG41 cuma gajinya JUSA. Kata pandai sangat, buatlah revision sikit.

Tanpa Nama berkata...

Memang bodoh Burhanudin ni....Layaklah kau terus jadi GB...Malunya aku.....org bawahan aku grednya lebih tinggi. Akau cuma ada kuasa saja yg besar....yg lain jauh ketinggalan.

Tanpa Nama berkata...

guru cemerlang tu jawatan hakiki tuan...bukan kup...

Tanpa Nama berkata...

Apa perbezaan kenaikan secara hakiki dan kenaikan pangkat secara KUP? Kenaikan pangkat secara hakiki ialah seseorang guru itu naik pangkat kerana ia diarah untuk memegang jawatan atau “post” di mana jawatan itu adalah jawatan naik pangkat. Dengan kata lain, “kerusi” yang diduduki itu adalah kerusi naik pangkat, misal jawatan GB, Pengetua, PPD atau sebagainya. Mana-mana guru yang diarah menduduki kersui itu, maka dia akan menikmati kenaikan pangkat kerana sekarang dia duduk di atas kerusi yang naik pangkat. Sementara kenaikan pangkat secara KUP pula adalah dalam keadaan sebaliknya; seseorang guru yang dinaikkan pangkat secara KUP sebenarnya guru itu yang naik pangkat bukan jawatan yang dipegang. Misalnya seorang guru yang dinaikkan pangkat ke DGA32 dia akaaan kekal dengan jawatan itu walau di mana ia ditempatkan.

Mudah kata kenaikan secara hakiki ialah; guru akan naik pangkat kalau dia duduk atas kerusi yang diiktiraf sebagaai jawatan naik pangkat tetapi kenaikana secara KUP ialah guru itu sendiri yang naik paangkat. Ia tidak perlu duduk atas mana-mana kerusi yang naik pangkat.

KUP merupakan anugerah kenaikan pangkat yang kekal; bukan sementara seperti banyak dakwaan yang kita terima. Mana-mana guru yang telah dilantik KUP 32, KUP 34, KUP 38 atau sebagainya tetap akan memegang pangkat itu hingga ia bersara. Matagaji untuk pengiraan pencen dan ganjaran adalah matagaji yang diterimanya pada akhir perkhidmatan bukannya akan kembali kepada gaji asal pada DG sebelum mendapat KUP tersebut.

Di dalam kenaikan pangkat secara KUP ini ada banyak peluang yang diberikan. Ia adalah terdiri KUP Timebased, KUP Guru Cemerlang, KUP Guru Besar Cemerlang, KUP Penyelia Cemerlang, KUP Pengetua Cemerlang, KUP Nazir Cemerlang dan KUP Guru Bimbingan Cemerlang. Sambil itu kerajaan juga telah mewujudkan satu lagi kenaikan pangkat secara KUP iaitu untuk guru yang mengajar dan mengurus pelajar Tingkatan Enam.

guru lama berkata...

Saya tabiklah tanpa nama memberikan butiran secara detail. Harap-harap si Borhanuddin faham apa itu jawatan hakiki dan apa itu KUP.

Nampaknya si Borhanuddin seorang yang sombong dan tetapi mudah lupa. Jadi tak berbaloi berbicara dengannya kerana bercakap penuh emosi. Ini menunjukkan emosinya tidak stabil dan apabila berhadapan dengan murid yang bermasalah tentulah mudah melatah ...

Belajar jadi guru yang tenang Borhanduddin...jangan emosi

Tanpa Nama berkata...

penerangan tanpa nama tu menyokong burhanudin, bukan sebaliknya. betullah gb tu hakiki, gc tu KUP.

Siti berkata...

Cikgu-cikgu semua x perlu untuk menggunakan perkataan kasar di dalam ruangan ini..hanya untuk memperkatakan tentang jawatan..cikgu-cikgu mempunyai ilmu yang tinggi..maklum lah masing-masing telah berijazah..cikgu-cikgu yang telah lama berkhidmat pun begitu teruja apabila memegang status berijazah tu...

cikgu..apa yang ada pada jawatan...kita sbg guru biasa masih mampu untuk menyumbang yang terbaik kepada sektor pendidikan...adakah matlamat cikgu sambung belajar utk berebut jawatan yang ada dan untuk naik gaji???...kerajaan menggalakkan kita sambung belajar untuk menambah ilmu di dada..bukan bila habis belajar bangga diri..aku la yang layak pegang jawatan dan sebagainya...

Tak ada apa yang nak dimalukan walaupun kita berijazah tapi bekerja di bawah orang yang belum berijazah...jangan menghina orang nanti kita yang dihina...

cikgu-cikgu mampu ke apabila di naikkan jawatan nanti memberikan perkhidmatan terbaik untuk memajukan sesebuah sekolah...sekadar berkongsi pengalaman saya sebagai orang yang bekerja di bawah guru besar yang telah berijazah...pada pandangan saya sekolah saya hanya biasa-biasa sahaja...

sekadar mengimbas kenangan dulu-dulu...cikgu-cikgu yang mengajar kita hanya berbekalkan STPM..yang ada diploma pun berapa kerat sangat...gaji pun tidak semewah sekarang...alhamdulillah kita berjaya sehingga ke hari ini berkat keikhlasan cikgu-cikgu mendidik kita..namun apa yang terjadi apa anak murid kita sekarang...adakah kita ikhlas mendidik mereka????

Kita meminta kerajaan mengkaji semula...mungkin sekarang kita mengatakan GB/PK DGA 32/34/38 pada 5 tahun lagi x relevan...tetapi cuba kita fikir adakah ijazah kita pada 5 tahun akan datang masih relevan...sedangkan sekarang ini guru-guru sibuk menyambung master tidak kira lah guru-guru baru dan lama

oleh itu...pandangan saya tiada apa pada jawatan..dapat jadi cikgu pun dah cukup baik...apa pun jawatan kita...berilah perkhidmatan terbaik...

Akhir kata kita ada banyak peluang untuk naik pangkat kalau kita ni memang gile pangkat..pandai-pandai cikgu-cikgu sendiri lah..jawatan yang telah di pegang oleh orang lain tidak perlu dipersoalkan...

Tanpa Nama berkata...

salam tuan. kenapa perlu ada pertelagahan? tuan tuan sekalian patuh tak paa mak bapa kita yang tak bersekolah? agak agak kita la, macamana nenek kita yang tak ke sekolah? kita ingkar atau herdik kalau nenek kita tu minta kita solat? Perjawatan kita dah macam tu. mungkin dalam penambahbaikan. Kalau tak dibenarkan, masakan guru KPLI boleh mengajar dan dapat gaji di Sekolah Rendah. Saya harap guru guru bersopan dan bercakap atas landasan yang benar, bukan atas landasan keretapi. maut kita nanti. Besar sangat ke Gred jawatan tu, hinggakan melihat Guru Besar tu sangat rendah? Semua yang beri pendapat ni betul belaka cuma ada yang tak kena tempatnya. Berhemah dan bersopan.

Tanpa Nama berkata...

malu baca cerita pasal ni.apakah kita warga guru tidak faham.rukun perkhidmatan yang diguna pakai sekarang memang begitu.tunggulah perubahan nanti.kerana perubahan sentiasa berlaku.nakkata bodoh ada ijazah.u mana yang sudah tersilap beri ijazah kepada kamu.perkara macamni pun tak tahu nak fikir.

Tanpa Nama berkata...

you ingat nak megah sangat ke .kalau dg44 yang jadi pk dan guru besar sekolah rendah tentunya ramai lagi guru dg44 di sekolah menengah yang akan turun ke sekolah reandah sebagai gb dan pk.kamu terhegeh tak dapat peluang juga.kamu baru setahun jagung dapat ijazah yang diperolehi dari pjj yang rata-rata dapat ijazah secara upah asingment .sedarlah sikit.puiiiii

Tanpa Nama berkata...

you ingat nak megah sangat ke .kalau dg44 yang jadi pk dan guru besar sekolah rendah tentunya ramai lagi guru dg44 di sekolah menengah yang akan turun ke sekolah reandah sebagai gb dan pk.kamu terhegeh tak dapat peluang juga.kamu baru setahun jagung dapat ijazah yang diperolehi dari pjj yang rata-rata dapat ijazah secara upah asingment .sedarlah sikit.puiiiii

Tanpa Nama berkata...

Sedih...guru-guru bertelagah hanya kerana pangkat dan jawatan yang dasarnya dilabelkan oleh barat...itu yang barat mahukan guru buat kerja bukan kerana ikhlas tetapi kerana sape yang lebih tinggi..."aku atau kau"...akhirnya murid terabai...buat keje bukan berlandaskan tanggungjawab tapi kerana siapa yang perintahkan kita...ada level...A,B,C...nilai segulung kertas diangkat lebih tinggi dari mereka yang benar-benar berilmu dan memberi ilmu...kelakar bila ada yang suka hina orang sedangkan kita sendiri tak tahu yang ilmunya setinggi mana...hina guru sekolah rendah...hina mereka yang belajar pjj...yang herannya yang belajar full time ijazah dah tentu ke dapat cemerlang...ingat yang rendah belum tentu bodoh...yang tinggi belum tentu pandai...yang penting jangan suka hina orang...buat kerja ikhlas tentu lebih berkat hidup...kita jadi guru bukan semata nak pangkat @ gaji tinggi tapi sebab nak keberkatan hidup kerana menyebarkan ilmu...tak tahu lah pulak kalau ada yang jadi guru sebab da tak ada kerja lain...pilih kerjaya mengikut apa yang nak dibekalkan bukan sahaja dunia tapi akhirat...ingat yang penting berkat...kalau da rasa orang yang arah kita tu tak berkelayakan nak arah dan tegur kita...tak perlu patuh pun...asalkan kita buat kerja yang sepatutnya iaitu mengajar...itu lebih penting...elak supaya stress...pasti seronok bekerja...dan lebih berkat...

Tanpa Nama berkata...

DAPAT SIKIT REZEKI ALLAH DARI KULI DG29 KE DG 41 DAH SOMBONG. BUDAK U YANG TAK ADA KERJA, BAGI KERJA JADI GURU DG 41 DI SEKOLAH RENDAH GITU JUGA SOMBONG, NAK JAWATAN.KATA GURU TUA YANG MEMERINTAH TAK RELEVEN KERANA TAK ADA IJAZAH.

2. JANGAN HINA ORANG. EXCO NEGERI SEKARANG PUN ADA YANG KELULUSAN DARJAH ENAM. TAPI OTAK BAGUS.BOLEH MEMERINTAH NEGERI. MANA YANG TERNIAT DIHATI TAK BETUL TU, TAUBATLAH. ALLAH TAHU SEGALANYA.

3. NGAJARLAH MURID KITA TU. JIKA TAK IKHLAS DALAM KERJA, NANTI DEKAT NAK PENCEN TUHAN BAGI BALASAN YANG KITA RASA TERHINA SENDIRI. BANYAK YANG BERLAKU PADA PENJAWAT AWAM. JUGA KEPADA CIKGU. YANG PENTING IKHLAS. HORMAT ORANG TUA, GURU KITA, NABI KITA. NABI KITA PUN ASALNYA BUTA HURUF. TAPI ALLAH ANGKAT MARTABATNYA.

4. KALAU TIDAK ORANG YANG DAPAT DG 41 BARU SEMINGGU INI MUNGKIN HINA NABI SEBAGAI PENGHULU KERANA TAK ADA IJAZAH. BANGGANG PUNYA CIKGU GINI. NAK SANGAT PANGKAT, SANGGUP HINA GURU TUA YANG BERJUANG UNTUK MEREKA. SUDAHLAH, TAUBAT DAN NGAJAR ELOK-ELOK.

Tanpa Nama berkata...

payah cerita, ni masalah perjawatan la bangang, org bangang ni bukan boleh cakap melok2...bangang sampai senak kepala otak....perjawatan macam siye lagi, tak mau ubah ka istem perjawatan ni....mentekedarah taik ka apa puak2 bangang ni...siye nokharom sungguh...aku cakap lagu ni nk suruh hampa paham, cakap elok2 pun bukan boleh ngan geng2 bebai ni..dh degree, 41 buat la cara 41, yang dga 32 buat la dga 32 n 34....selesai masalah, semua ini bodoh......jabatan lain ada ka macam ni????ikut gred, benda dh ada ikut ja la...dok pi bela geng2 bebai ni watpa..

Tanpa Nama berkata...

tak semua yg ada ijazah tu boleh menjadi pentadbir yang baik... saya pun DG44, GB saya DGA32 je tapi saya tetap respect GB sebab pengalaman dan kebolehan beliau mentadbir... jangan angkuh sangat sebab ada ijazah...

Tanpa Nama berkata...

Ramai guru DG41 dan DG44 di sekolah rendah yang sangat berpengalaman dan berkaliber dalam pengurusan....sepatutnya pihak atasan perlu lihat dan buka peluang mereka untuk menjadi pentadbir...

Tanpa Nama berkata...

apa yang diperkatakan mmg betul.. apa yang dirasakan sebenarnya di dalam penjawatan guru tidak ada DG41, justeru pengwujudan gred 41 dalam guru adalah keputusan dibuat secara mendadak... jadi berlakulah ketidakserasian, pertembungan atau kepincangan sistem.. hasilnya adalah seperti sekarang.. tapi lama kelamaan sistem ini akan pulih semula seperti sekarang semua guru yang baru sudah mempunyai DG41... jadi sistem ini akan terus berjalan dan sistem akan pulih semula seperti sediakala... apa yang ketidakpuasan hati timbul apabila ada orang yang boleh terus mengekalkan jawatan dan ada guru yang terpaksa meninggalkan jawatannya... entahlah manalah silapnya