Khamis, 26 Februari 2009

Dakwa cedera ditampar guru

mendapatkan rawatan pakar sambil diperhatikan Siti Lakhaleeda." title="BUKTI...Aminah (kanan) menunjukkan kebenaran pihak berkuasa
mendapatkan rawatan pakar sambil diperhatikan Siti Lakhaleeda." border="0" width="300" height="225">
BUKTI...Aminah (kanan) menunjukkan kebenaran pihak berkuasa
mendapatkan rawatan pakar sambil diperhatikan Siti Lakhaleeda.

KUALA TERENGGANU: Dua pelajar perempuan mendakwa cedera ditampar guru di kepala menyebabkan seorang daripada mereka dikhuatiri mengalami masalah pendengaran kekal berikutan masih mengalami gangguan pendengaran walaupun selepas lima hari kejadian berlaku.

Lebih menyedihkan, guru sebuah sekolah menengah di bandar raya ini didakwa bersikap angkuh ketika waris pelajar berkenaan cuba mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu dengan mencabar mereka membuat laporan polis selain mengaku bosan mengajar di sekolah terbabit.

Bapa kepada seorang mangsa, Mohd Rozamri Yassin, 52, berkata dia pada mulanya enggan memanjangkan perkara itu tetapi ingin mendapatkan penjelasan guru berusia 40-an itu, namun layanan melalui perbualan telefon bimbit mengecewakan.

Menurutnya, anaknya, Siti Lakhaleeda, 15, menerima tiga tamparan kiri dan kanan manakala seorang lagi rakannya, Siti Aminah Ahmad, 15, dari Kampung Kubu Air, Manir, menerima empat tamparan dan dua mengenai telinganya.

“Anak saya tidak cedera serius tetapi Siti Aminah mengalami gangguan pada pendengarannya hingga hari ini. Deria mengeluarkan bunyi berdesing dan gagal mendengar jelas,” katanya.

Berikutan itu, katanya, mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Rawatan Kampung Kubang Jela, dekat Manir sebelum membuat laporan polis akibat kecederaan serius di telinga dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan susulan.

Siti Aminah ketika ditemui semalam berkata, kejadian bermula selepas guru berkenaan menerima maklumat ada pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah menyebabkan semua pelajar membawa telefon bimbit menyembunyikan telefon.

“Ramai membawa telefon bimbit ke sekolah untuk memudahkan waris mengambil kami pulang sekolah dan ketika disoal saya tidak mengaku membawanya kerana bimbang dikenakan tindakan.

“Selepas gagal mencari, guru lelaki itu melepaskan tiga tamparan ke muka dan terkena telinga saya sebelum membawa saya pulang untuk bertanyakan kepada ibu sama ada mengetahui saya memiliki telefon atau tidak dan ibu memberitahu dia mengetahui perkara itu.

“Saya kemudian kembali ke sekolah sebelum guru berkenaan menemui telefon bimbit saya dan Lakhaleeda sebaik dimaklumkan seseorang dan ketika itu saya sekali lagi ditampar,” katanya.

Mohd Rozambri berkata, selepas diceritakan anaknya, dia ingin meminta penjelasan daripada guru terbabit kerana anaknya itu mungkin boleh didenda dengan cara lain atau tindakan merampas alat telekomunikasi itu boleh diambil jika kesalahan itu serius.

myMetro: 25 Februari 2009

1 ulasan:

su berkata...

ermm..mcm2lah...kene dgr dr kedua2 pihak dlm kes ni...