Jumaat, 18 Disember 2009

Saman pengetua oleh guru Mac




KUANTAN - Seorang guru, Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman terhadap pengetuanya, mendakwa dia sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan cuba mengadakan perbincangan luar tetapi sehingga kini ia masih dipandang sepi.

Oleh itu, menurut guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini, dia yang tiada pilihan terpaksa membawa masalahnya ke mahkamah.


KERATAN Kosmo! 7 April 2009.


"Saya sudah cuba berbincang tetapi pihak terbabit enggan menyebabkan saya terpaksa meneruskan kes ini," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Hassan Abdul Ghani semalam menetapkan 15 Mac tahun depan bagi kes Rozilah yang mengemukakan saman berjumlah RM228,000 terhadap pengetua sekolahnya, Aluwiyah Osman kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Sementara itu, peguam Rozilah, Balkhis Alias pula berkata, sebagai peguam yang dilantik, beliau akan menuntut apa yang dipinta oleh anak guamnya.

"Anak guam saya mengakui dia tidak mempunyai pilihan dan sudah tiada saluran untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya.

"Jadi mahkamah adalah harapan terakhir bagi dia atau seseorang individu itu untuk mendapatkan keadilan dan hak buat dirinya," katanya.

Kosmo Online: 18 Disember 2009

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau memang benar cikgu dianiaya, saya harap cikgu akan menang kes ini. Bukan apa, sebagai pengajaran kepada GB dan PENGETUA yang idamkan naik pangkat, tetapi menjadi guru-gurunya sebagai barua sampai dah tak pedulikan kebajikan guru.
"1 Malaysia.... Kebajikan Guru Diutamakan, Pencapaian Akademik Tidak Dilupakan"

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Semoga semua warga pendidikan dirahmati Allah dengan diperkasakan roh, emosi dan fizikal dalam mengharungi tugasan sebagai pendidik.
Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman dan idea dibawah tajuk guru dianiaya. Saya seorang guru DG32, telah bertugas selama 24 tahun dan insyaAllah baki perkhidmatan tinggal lagi 9 tahun.
Mulai 2005, setelah selesai mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) selama satu tahun, saya ditugaskan mengajar di Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Oleh kerana penempatan saya tidak melibatkan pertukaran sekolah (saya masih lagi ditugaskan di sekolah yang sama seperti sebelum saya mengikuti KSPK ), saya telah diminta mengajar Kelas Pemulihan khas disamping mengajar di Kelas PKBP ) sebelum menghadiri KSPK saya adalah guru pemulihan khas). Saya cuba menjelaskan kepada pentadbir bahawa penempatan guru Pendidikan Khas mestilah sepenuhnya di Pendidikan khas. Adalah menyalahi peraturan guru pendidikan khas mengajar di kelas selain dari pendidikan khas, walaupun kelas pemulihan khas dibawah pemantauan Sektor /Unit yang sama. Akur dengan kehendak pentadbir yang sanggup bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku, saya meneruskan perkhidmatan saya di kelas Pemulihan Khas disamping PKBP.
Untuk makluman, guru pendidikan diberikan "bayaran insentif mengajar kanak-kanak cacat" sebanyak RM250. Guru pemulihan pula tidak mendapat apa-apa insentif. Sebagai guru yang ditugaskan ( oleh JPN) untuk mengajar pendidikan khas, saya layak mendapat insentif sebanyak RM250.00 itu mulai 2005 tanpa sebarang masalah walaupun perkhidmatan saya di PKBP tidak sepenuhnya.
Mulai Jan 2010 saya diminta oleh pentadbir untuk mengajar sepenuhnya di Kelas Pemulihan Khas. Ini bermakna insentif yang selama ini diberikan kepada saya sebanyak RM250.00 sebulan itu akan ditarik balik.
Saya berbincang/ merayu kepada pentadbir akan penempatan saya di pendidikan khas diteruskan. Saya tidak dibenarkan dan tetap diarahkan mengajar hanya di Kelas Pemulihan Khas. Setelah gagal berbincang di peringkat sekolah, saya cuba membawa kes ini kepada pengetahuan PPD dan JPN, namun jawapannya tetap sama, saya tidak dibenarkan mengajar di PKBP dan Insentif yang saya terima mulai Jan 2010 hingga bayaran diberhentikan akan diminta untuk dibayar semula.
Berdasarkan kelayakan dan surat penempatan, saya merasakan saya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan perkhidmatan di PKBP. Saya juga memenuhi syarat-syarat (telah menghadiri kursus-kursus yang diperlukan). Dalam hal ini saya rasa saya dianiayai. Betul ke..??
Agak-agaknya perlukah saya berdiam diri saja.. bertenang dan redza.. tak payah bising-bising. ATAU . teruskan usaha kearah langkah-langkah seterusnya seperti kes cikgu kita yang dianiaya ini.
Terima kasih.
"1 Malaysia.... Kebajikan Guru Diutamakan, Pencapaian Akademik Tidak Dilupakan"

ohcikgu berkata...

nak tanya, apa status cikgu nih. dia menang ke tak?