Selasa, 2 Februari 2010

Kementerian perjelas tiada kes lebihan guru

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat bertajuk ‘Lebihan pendidik tidak patut berlaku’ yang disiarkan ruangan ini 4 Januari lalu.

Untuk makluman, pada Januari 2010, dianggarkan wujud kekurangan sebanyak 11,238 guru di sekolah menengah selepas mengambil kira penempatan calon guru lepasan program yang tamat November/Disember 2009 iaitu DPLI seramai 1,136 dan B.Ed (TESL) seramai 250 orang.

Di sekolah rendah, wujud kekosongan jawatan guru sebanyak 5,211 selepas mengambil kira penempatan calon guru lepasan Program KPLI yang tamat pada November / Disember 2009 seramai 5,976, PISMPK seramai 1,387, B.Ed (TESL) seramai 250 dan keluaran IPTA Pendidikan Rendah/Prasekolah 171 orang.

Oleh itu, secara keseluruhannya, pada ketika ini lebihan guru tidak timbul sama ada di peringkat menengah atau rendah. Kesukaran atau kelewatan penempatan guru mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

* Penempatan guru oleh BPSH, BPI, BPTV dan BP Khas dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok graduan daripada pelbagai IPTA dan keperluan opsyen guru di sekolah. Hal ini berikutan ketidakseragaman tarikh tamat pengajian dan kelulusan Senat IPTA berkenaan. Untuk makluman, akan terdapat Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan dan B.Ed (TESL) pada 25 Januari 2010.

l Guru Lepasan IPTA perlu melalui temu duga dan ujian Insak (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih. Temu duga itu antara lain bertujuan memastikan guru yang dilantik memenuhi semua syarat ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Guru yang mendapat CGPA terlalu rendah mungkin tidak akan dilantik.

l Pelantikan guru dibuat dengan memberi keutamaan kepada opsyen yang kritikal terlebih dulu.

l Bagi peringkat rendah, sebilangan guru sukar/lewat ditempatkan berikutan keengganan sekolah jenis kebangsaan menerima guru yang tidak berkelulusan Mandarin walaupun bagi Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6). Sebagai contoh, wujud lebihan 7,580 guru opsyen bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sedangkan masih berlaku kekurangan 1,415 guru bahasa Melayu di SJK (C) dan 545 guru bahasa Melayu di SJK (T).

Unjuran keperluan guru bagi bekalan sekolah menengah dikemukakan kepada KPTM bagi tempoh lima tahun mulai ambilan 2007 - 2011. Bagaimanapun, semakan unjuran ambilan dibuat pada setiap tahun berdasarkan perkara berikut:

l Kelulusan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperoleh dari setahun ke setahun.

l . Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-pering-kat. Sehingga 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas

di peringkat menengah sudah diperoleh bagi Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan Enam.

l . Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan prasekolah dan memperkasa mata pelajaran Teknik, Vokasional dan Kemahiran.



UNIT KOMUNIKASI

KORPORAT,

Kementerian Pelajaran.

Berita Harian Online: 2 Februari 2010

Tiada ulasan: