Rabu, 6 Oktober 2010

SMTKK komited sasar SBT



PADANG RENGAS – Pelbagai usaha dipertingkatkan warga Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar (SMTKK) bagi memenuhi sasaran memenangi Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebelum 2013.

Pelbagai kejayaan yang dicipta sama ada menerusi bidang kokurikulum, kurikulum atau sahsiah, membuktikan bahawa SMTKK komited mengenai matlamat berkenaan.

Pengetuanya, Hamid Jumhari berkata, selagi warga sekolah bersiap-sedia dan berazam menunaikan harapan yang dicita-citakan itu, maka ia bukan kekangan untuk mencapainya.

Menurutnya, semua pihak perlu bekerjasama dan bersedia merungkai sebarang usaha yang boleh membawa kejayaan dari semasa ke semasa.

“SMTKK mesti mempunyai idola yang besar seiring dengan hasrat dan citanya bagi merealisasikannya dengan bekerja lebih keras dan menghasilkan pelbagai reka cipta berlainan untuk menarik perhatian umum serta meraih beberapa kejayaan dan kemenangan lain.

“Hari kualiti yang diadakan turut menjadi salah satu platform dalam merangka perbagai program pembinaan intelek dan sahsiah lain yang lebih unggul selaras dengan aspirasi iaitu pembinaan generasi berminda kelas pertama,” katanya sempena Majlis Hari Kualiti sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Beliau berkata, di samping membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi, perlu disemaikan juga tanggungjawab penuh dedikasi dan berinovatif.:

“Semua pihak mesti mengamalkan falsafah bekerja dan belajar dalam keseronokan dan menjadikan kegagalan pertama asas untuk menghukum sebagai kesalahan yang dilakukan.

“Para pendidik, ibu bapa, masyarakat dan pelajar perlu berganding bahu menyemaikan semangat untuk terus Berjaya bukan setakat mencapai meraih anugerah sekolah berprestasi tinggi dalam tahun 20l3, tetapi lebih jauh dari itu perlu diperjuangkan,” katanya.

Sempena majlis berkenaan, tiga pelajar sekolah itu telah dipilih sebagai tokoh murid, pekerti terpilih dan warna sekolah 2010 yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitendan Abdul Ghafar Mohamad.

Lain-lain anugerah turut di sampaikan di majlis itu termasuklah anugerah cemerlang kokurikulum, kokurikulum, pusat sumber, akademik , anugerah kualiti dan penghargaan komuniti yang turut disampaikan bersama oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMTKK.

Sinar Harian : 6 Oktober 2010

Tiada ulasan: