Sabtu, 23 Oktober 2010

Tak layak jadi guru cemerlang

2010/10/23
SEJAK dua minggu lalu, kebanyakan Guru Cemerlang DG 54 dinilai pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk dinaikkan pangkat menjadi Guru Cemerlang Gred Khas C, jawatan yang sama taraf dengan profesor di universiti.

Sekat ini, 23 Guru Cemerlang menikmati kenaikan pangkat itu. Namun pada pemerhatian saya, hanya sebilangan kecil benar-benar layak menyandangnya.

Mereka berupaya mengajar dengan berkesan, menulis buku dan rencana ilmiah, melahirkan inovasi untuk subjek diajar, menyampaikan ceramah kepada guru dan pelajar pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa selain berupaya melahirkan idea terkehadapan.

Saya mencadangkan Kementerian Pelajaran tidak tergesa-gesa memenuhkan kuota Guru Cemerlang Gred Khas C ini dengan mengorbankan kualiti sebenar guru. Lantik Guru Cemerlang yang benar-benar berwibawa supaya tidak dipertikaikan sesiapa.

PEGAWAI E12,
Putrajaya.

Berita Harian Online: 23 Oktober 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat apa nak sebok-sebok komplen guru cemerlang Gred Khas C. Sepatutnya kita berbangga kerana jawatan Pengetua pun boleh sampai ke gred itu.Dulu-dulu mana ada Pengetua Cemerlang gred Khas C. Saya rasa Pegawai E12 pun mau kalau kena bagi..sebab apa gaji naik..Yang engkau menyibok tu buat apa.

Kerja-kerja kau di pejabat tu sudah siapkah?Engkau tu buat kerja baikkah berbanding pengetua-pengetua gred khas C?

Kalau pandai sangat kenapa masih peggang jawatan E12..Ceh ..bikin malu sahaja...

Jangan mengajar itik berenang..
Cerminlah diri dulu...
buatlah penilaian kendiri...

Tanpa Nama berkata...

Berbau dengki je kiriman pegawai E12 ni...yg bagi gred cemerlang terdiri dari panel2 yang diiktiraf. dah tu plak dia cakap 'pada pemerhatian saya' je...apa yang dia perhati?? panel2 tu plak menilai, bukan perhati je tau.

Tanpa Nama berkata...

guru cemerlang gred khas C rasanya dah umur 50an, pegawai tadbir bukan guru yang dapat JUSA C ada yang jauh lebih muda dari guru cemerlang, buktinya ada bekas anak murid guru DG44 kini yang dah JUSA C, biarlah rezeki guru tu, jangan dengki, kita fikir yang lain pula, minta kerajaan yang memerintah tingkatkan pula gred doktor perubatan dan jurutera yang berkhidmat dengan kerajaan.