Jumaat, 24 Oktober 2008

14,786 jawatan naik pangkat




PUTRAJAYA - Kementerian Pelajaran menawarkan peluang kepada guru tingkatan enam seluruh negara untuk mengisi sebanyak 14,786 jawatan kosong bagi tujuan kenaikan pangkat.

Ekoran itu, sistem pendidikan dan penyampaian guru serta pelajar tingkatan enam akan mengalami perubahan drastik dan tidak lagi akan disamakan dengan pendekatan guru tingkatan satu hingga lima.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alimmuddin Mohd. Dom pada sidang akhbar semalam mengumumkan, mulai 1 Januari lalu, jawatan Pengetua di semua Sekolah Menengah Tingkatan Enam telah dinaikkan gred daripada Gred DG48 kepada Gred DG52.

"Bagi jawatan Penyelia Tingkatan Enam pula telah diberi penambahbaikan sebagai Penolong Kanan Tingkatan Enam Gred DG48 (untuk 10 kelas Tingkatan Enam ke atas) atau Gred DG44 (untuk sembilan kelas Tingkatan Enam ke bawah)," katanya.


Alimmuddin


Tambah Alimmuddin, bilangan perjawatan Sekolah Menengah Tingkatan Enam dan enrolmen murid 1,750 ke atas dibahagikan mengikut pecahan.

Bagi jawatan Pengetua Sekolah Tingkatan Enam ke Gred DG52 adalah sebanyak 794 jawatan, Pengetua Sekolah Menengah enrolmen murid 1,750 ke atas, Gred DG52, sebanyak 116 jawatan sementara Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk 10 kelas Tingkatan Enam ke atas, Gred DG48 sebanyak 158 jawatan.

Antara lain, jawatan Penolong Kanan tingkatan enam (untuk sembilan kelas tingkatan enam ke bawah), DG44 mempunyai 636 jawatan, Guru Akademik dan Kokurikulum, DG52, sebanyak 1,039 jawatan, Guru Akademik dan Kokurikulum, DG48 sebanyak 3,311 jawatan dan Guru Akademik dan Kokurikulum, DG44 sebanyak 8,728 jawatan.

Kosmo Online: 23 Oktober 2008

Tiada ulasan: