SURAT daripada 'Kakitangan bukan guru' di dalam ruangan ini, Sabtu lalu memang menarik diulas.
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan penulis berkenaan. Dakwaan beliau bahawa guru tidak henti merungut adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali.
Guru menulis di surat pembaca bukan untuk merungut tapi sekadar menuntut pembelaan. Salahkah guru menuntut pembelaan? itu adalah hak mereka bagi memenuhi hak asasi mereka sebagai guru. Penulis 'kakitangan bukan guru' mendakwa bahawa pernah berpengalaman enam bulan mengajar sebagai guru sementara. Sedangkan guru sementara sebenarnya tidak dibebankan dengan tanggungjawab guru sebenar.
Maka penulis berkenaan tidak rasai keperitan sebenar tugas dan tanggungjawab seorang guru. Maka dakwaan tugas guru tidak berat adalah satu fitnah dan penulis wajib memohon maaf kepada semua guru.
Dakwaan 'Kakitangan bukan guru' bahawa gaji guru tidak setimpal dengan input kerja juga adalah satu tohmahan yang tidak benar. Sedarkah beliau bahawa anda berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjadi jurutera adalah kerana jasa dan pengorbanan guru yang mendidik anda di sekolah rendah dan menengah?
Janganlah kita menjadi manusia yang lupa diri. Inilah manusia, apabila berjaya di puncak mereka lupa akan segala pengorbanan ibu, bapa dan guru kepada mereka. Jasa guru perlu dihargai, bukan dipertikai.
TUN SERI LANANG,
Gombak, Selangor.
Berita Harian Online: 13 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan