SAYA mendengar berita di TV3 pada 17 Oktober 2008 berhubung kes pelajar memukul guru di Perlis. Saya amat-amat tidak berpuas hati dengan hukuman yang diberikan terhadap pelajar tersebut yang hanya digantung sekolah selama seminggu.
Pada pendapat saya, hukuman tersebut langsung tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman itu ibarat "cuti bergaji" kepada pelajar itu. Ia langsung tidak membawa apa-apa kesan.
Saya juga pernah bersekolah. Dan saya faham perasaan pelajar sekolah. Jika pelajar tersebut sudahlah malas nak buat kerja sekolah, bila digantung sekolah itu sebenarnya memberi rasa seronok, bukannya rasa kesal. Apatah lagi jika ibu bapa tidak berapa mengambil berat terhadap anaknya, maka istilah "cuti bergaji" itu amat-amatlah sesuai. Pasti pelajar-pelajar yang malas bersekolah akan cuba melakukan kes seperti itu berulang kali kerana dapat cuti percuma.
Adalah lebih baik pelajar tersebut dihukum sebat di hadapan semua pelajar sekolah terbabit bagi memberi pengajaran kepada semua pelajar lain agar takut dan hormat kepada guru. Atau mungkin patut ditukarkan ke sekolah lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut atau lebih baik dibuang terus memandangkan kes yang dilakukannya agak berat dan sudah menjadi kes polis. Bagi saya, itu lebih setimpal. Bukan sahaja ia menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar lain di sekolah tersebut, malah turut menjadi pengajaran di sekolah-sekolah lain seluruh negara.
Pada pandangan saya, pelajar yang bermasalah seperti ini biasanya tak berminat untuk ke sekolah, buat apa nak paksa mereka bersekolah jika hanya mendatangkan masalah.
Saya berharap agar hukuman yang diberikan itu ditimbang semula agar lebih setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kepada juri yang memberi hukuman agar lebih menghormati guru yang teraniaya, kerana dengan hukuman serengan itu guru-guru akan lebih terancam.
BEKAS PELAJAR Bkt. Katil, Melaka
Utusan Malaysia Online:21 Oktober 2008
Selasa, 21 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan