Selasa, 23 Februari 2010

Langkah jimat biar berpada

SAYA sebagai guru menyokong kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, bahawa langkah penjimatan amat perlu ketika ini. Namun, saya berharap janganlah terlalu berjimat sehingga guru dan pelajar terseksa.

Sebagai contoh, guru tidak diberi tuntutan apabila menjalankan aktiviti anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pelajaran.

Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi, bagaimana kami mahu menyara keluarga. Jika disebut pengorbanan, guru sudah melakukan yang terbaik terhadap anak didik, sedangkan tuntutan diminta tidak setimpal mana.

Saya percaya kenyataan ini akan disokong oleh rakan sejawat. Kami juga tidak mampu bergerak sendirian tanpa bantuan kewangan kerajaan. Guru hanya mahukan perhatian agar tugas dapat dilakukan dengan lebih baik.

MFA_282,
Muar, Johor.

Berita Harian Online: 23 Februari 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam dunia yang serba maju ini, kos sara hidup adalah satu kekangan kepada suma lapisan masyarakat. Dalam isu ini, guru memainkan peranan bukan sahaja di sekolah, malah juga mencurahkan bakti di luar waktu sekolah bagi menjalankan tugas2 luar yang diarahkan. Kos Perjalanan atau perbelanjaan guru sudah tentu terlibat secara langsung dalam urusan-urusan ini. Misalnya, guru tersebut diarahkan untuk menghadiri satu mesyuarat atau bengkel diluar kawasan yang melibatkan masa perjalanan ke tempat tujuan melebihi daripada 8 jam. Kursus pula memakan masa 3 hari. Sudah tentu guru berkenaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dalam urusan tersebut. Bayangkan dalam situasi ini, guru itu tidak boleh menuntut sebarang kos. Guru tersebut sudah tentu meninggalkan keluarga juga dengan perbelanjaan sebelum ke tempat tujuan.

Bukan guru-guru memandang kepada wang semata-mata tetapi sekurang-kurangnya mendapat imbuhan yang mungkin hanya sekali dalam sebulan atau setahun sekiranya itu sahaja tugas luar yang dilakukan.

bakal guru berkata...

betul tu,pengorbanan guru2 dipandang sepi sejak zaman berzaman, asyik2 ceritera guru rotan murid,guru tampar murid yg terpampang d dada2 akhbar.Kes terpencil yg tak sampai 1% ni digembar-gemburkan utk menutup pengorbanan guru.Lebih 99.99% guru komited,berkorban seperti lilin membakar diri semata2 utk anak murid yg sentiasa dikasihi