Selasa, 2 Februari 2010

Sekolah boleh sambung cuti raya tetapi mesti ganti hari

KUALA LUMPUR: Sekolah yang ingin menyambung cuti Aidilfitri sehingga Isnin, 13 September, boleh berbuat demikian dengan syarat mengganti hari persekolahan itu, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Bagaimanapun, sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu memulakan persekolahan pada Isnin berikutan sudah mendapat cuti ganti pada Ahad berikutan cuti umum Aidilfitri jatuh pada Jumaat, hari cuti mingguan biasa di tiga negeri berkenaan.

“Tiada kesilapan berhubung perkara itu menerusi pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran pada 21 Disember 2009,” katanya menjawab rungutan guru dan pengetua khususnya di Terengganu seperti disiarkan Berita Harian, kelmarin.

Beberapa pengetua yang menghubungi Berita Harian mendakwa Kementerian Pelajaran tidak adil kerana membenarkan cuti peristiwa diambil oleh sekolah untuk sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan dan Hari Gawai, tetapi tidak dibenarkan untuk Aidilfitri.

Mereka mendakwa berikutan pekeliling Kementerian Pelajaran itu, murid dan guru di Kelantan, Terengganu dan Kedah terpaksa kembali ke sekolah pada hari ketiga (Ahad, 12 September).

“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana kebetulan ini kali pertama perayaan Aidilfitri jatuh pada hari cuti persekolahan,” katanya.

Berita Harian Online: 2 Februari 2010

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya tidak ada istilah cuti berganti.....KPM seharusnya boleh merancang sebaik2nya cuti...cukupkan saja bilang hari persekolahan....bukan sekejap cuti...sekejap tidak....macam iklan biskut...

Tanpa Nama berkata...

apa kata cuti sekolah itu diubah dan hari raya dapat disambut dgn lebih lama cth : 10 hb 9 hingga 19 hb....kalu kurang kan boleh diganti....tq

Tanpa Nama berkata...

kesian ler kat orang yang dok jauh...terutamanya orang dari kelantan nak balik ke ibu negara...confirm jalan jem....berhati perut la sikit...

Tanpa Nama berkata...

SAYA GURU DI JOHOR PN TERKENA TEMPIAS...MEMANG X ADA KEISTIMEWAAN DH ORG MELAYU..TU BELUM L AGI CUTI HARI RAYA HAJI. 2 HARI SEK NK TUTUP UJUNG TAHUN..PRIHATIN SEKET LA KPM

Tanpa Nama berkata...

Tadi cakap lain, sekarang cakap lain. Nak bagi cuti, bagi la. Ni tidak, menyusahkan. Kalau cikgu-cikgu Islam di Sabah dan Sarawak tak fikir ke keadaan mereka. Balik bertugas pada hari raya kedua satu hal, terpaksa beli tiket kapal terbang lain pula satu hal. Perngurusan yang tak sistematik!

Tanpa Nama berkata...

Maaf, saya tidak faham KPM. Aidilfitri adalah perayaan besar untuk muslim. Merayakan bersama sanak saudara dan menghabiskan masa bersama keluarga. Tapi, raya ketida dah kena kembali ke sekolah? Harap KPM dapat lebih prihatin kepada perkara ini tanpa memerlukan rakyat memberi komen pada setiap tahun selaras dengan konsep 1 Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa isu disini ialah berkaitan cuti perayaan yang tidak perlu diganti. Saya berpendapat sekiranya pihak sekolah masih belum menghabiskan cuti peristiwa cuti tersebut boleh digunakan sebagai cuti ganti untuk perayaan aidilfitri. Adalah tidak adil sekiranya cuti perayaan bagi deepavali, tahun baru cina, hari gawai dibenarkan mengambil cuti tambahan dengan menggunakan cuti peristiwa tetapi tidak bagi perayaan aidilfitri. Saya merasakan ketua pengarah pelajaran malaysia mesti turut bersetuju.

Tanpa Nama berkata...

Harap pihak KPM beri kan cuti pada 13,14,15 dan 17 Ogos 2010(16Hari Malaysia).Jangan digundahgulanakan hati anak-anak dan ibubapa serta saudara mara dikampung pasal cuti raya.Cuti sekolah awal pun ibubapa seperti saya masih berkerja.Pihak pengurusan KPM sepatutnya memikirkan hal ini seawal sekolah dibuka.Jangan buat kerja membazir, sekolah dibuka murid sambung cuti.... cuba ambil tindakan segera.

Tanpa Nama berkata...

jika anak sudah mula sekolah tp ibu bapa masih bercuti???sedangkan masa raya lah utk keluarga berkumpul dan ada nya kenduri...harap 14,15 dan 17hb 0gos diumumkn sbgai cuti...kami perlu bli tiket...keputusan segera amat dialu-alukan

Tanpa Nama berkata...

komen apa pun, kerajaan tetap dengan pendiriannya. inilah satu malaysia, bangsa lain lagi diutamakan dari bangsa sendiri.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...saya cikgu yang berkhidmat di sarawak yang berasal dari semenanjung ingin memohon jasa baik KPM untuk memberi cuti gantian kepada sekolah harian pada 15hb sept dan 17hb sept..kami rasa tidak adil hanya sekolah berasrama mendapat cuti sehingga 19hb sept sedangkan sekolah harian biasa tidak mendapat keistimewaan seperti itu...harap KPM dapat bertindak segera sebelum cuti hari raya menjelma tiba...ditambah isteri saya berada di semenanjung,dapat cuti sehingga 19hb sept...harap KPM dapat bertindak segera...kasihanlah kami warga semenanjung yang menabur jasa di sarawak ini...saya akhir dengan Wasalam

Tanpa Nama berkata...

saya bukan muslim, tetapi saya harap cuti boleh disambung...
kerana awal tahun diberitahu ada cuti, ganti sekolah sudah dibuat...saya telah beli ticket penerbangan aroung rm1600...tiba-tiba kata tak ada cuti...banyak racangan asal perlu ditukar...hotel juga book already...duit itu perlu dibuang kalau tak ada cuti...plz pl bagi cuti kepada seluruh negara dari 10 - 19 hb sept...plz

Pena Cahaya berkata...

Salam Cikgu2 Sekelian

Sebenranya perkara ini dah disedari sejak awal tahun.

Sapelah manusia yg merancang takwim persekolahan (semoga Allah ampunkan dosa dia). Takwim 2010 keluar pada bulan Oktober 2009, tapi dlm mesy pertama Jan 2010, pihak sekolah edarkan pindaan takwim dari KPM yg meminda cuti sekolah bulan Jun. Sedangkan satu Malaysia dah cetak kalendar, khususnya kalendar kuda.

Akhirnya KPM secara diam2 (dah malu le tu) batalkan pekeliling tersebut, itupun dgn makluman secara lisan aje.

Sepatutnya dari awal buat takwim, cuti sekolah seminggu pertengahan sem 2 ni mengambil kira hari raya.

Tanpa Nama berkata...

Perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku lebih2 lagi ia melibatkan perancangan sebelum mula sesi persekolahan tahun 2010. Ini melambangkan betapa tak profesionalnya sesiapa yang terlibat. Mesyuarat peringkat Jabatan, PPD & sekolah bukan main melaung-laungkan meminta supaya para guru menunjukkan sikap yg profesional, sampai berlaku berpuak-puak di kalangan cikgu, yg mengampu, yg menyokong, yg buat tak tahu dan yg membangkang... sedihlah bila benda macam ni berlaku dalam kementerian pelajaran ni... penatlah buat kerja... nak ikhlas macamana lagi dah tak tahu dah... Macamanalah benda macam ni pon boleh berlaku... memang macam ketam sesapa yg terlibat tu... dengan aku2 sekali jadi ketam... jawablah kat akhirat besok atas kezaliman dan ketidakadilan, munafik dsb...

Tanpa Nama berkata...

Fail lah this guy Muhyiddin!

Dulu hishamuddin failed all out! Terlepas mulut rimau, masuk mulut buaya!

Tanpa Nama berkata...

kesian guru2 semenanjung kat sarawak kena cabut undi sapa boleh ambik CRK masa raya.. guru yg suami/isteri kat semenanjung ada yg dah pening kepala.. guru da tak fokus asik fikir cuti.. ada da nangis awal2 takut nama tak naik masa cabut undi... kesian kamek...

Tanpa Nama berkata...

orang tak kisah sebab tak kena batang hidung sendiri.... atau depa tak raya macam kita raya.. duduk sorang2 je kat rumah..hari ini dalam sejarah!!!!

Tanpa Nama berkata...

masya-allah.

kalau ada sepuluh ribu orang cikgu yang bersungut macam ni pun dah cukup dah. Tak payah beratus-ribu. Suwey tok ketua Yiden dan memanda2 yg sekongkol dengannya kena sumpah.

Tambah lagi bulan puasa ni. Masya-Allah.

Harus lingkup tok ketua Yiden dan memanda2 yg zalim tu. Jenuh nak kena bahagi-bahagikan pahala dan amalan kat mereka semua yg hina dina.(Tu pun kalau banyak pahala, kalau kurang - tercampak terus laah ke dalam nerka jahnem.

Tanpa Nama berkata...

saya cuma nak pengesahan. betul ke cuti raya haji 2 hari (17 dan 18 november)? sebab dengar khabar kerajaan umumkan cuti raya haji 2 hari bermula pd tahun ini. sblm ni sesetengah negeri saje yg cuti 2 hari. harap beri jawapan. tq.

Tanpa Nama berkata...

sya pun nak tahu ada tambahan cuti tak untuk hari raya haji, ada sesetengah negeri yg cuti terus&dah ada sekolah yang mula mengganti..