Sabtu, 18 Jun 2011

Cikgu boleh pilih tempoh cuti bersalin

2011/06/18

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk kepada surat ‘Fadlina Othman’ dari Melaka bertajuk ‘Guru keliru peruntukan cuti bersalin’ yang disiarkan pada 3 Jun lalu. Adalah dimaklumkan bahawa cuti bersalin bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Khidmat Sokongan, Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) tertakluk Pekeliling Perkhidmatan Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam Bilangan 14 tahun 2010.

Surat siaran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran 3 Mac lalu menjelaskan bahawa tempoh cuti bersalin diputuskan melalui rundingan dan kelulusan Ketua Jabatan serta tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Ketua Jabatan bertanggungjawab menimbang pemberian cuti bersalin dengan mengambil kira kebajikan pegawai dan memastikan kepentingan perkhidmatan tidak terjejas.

Pegawai diberi fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Jabatan Pelajaran Melaka menerima waran daripada kementerian untuk guru ganti yang dibahagikan ke setiap Pejabat Pelajaran Daerah negeri Melaka yang menguruskan guru ganti.

JPM melantik guru ganti bagi memastikan urusan pengajaran dan pembelajaran murid tidak terganggu.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Berita Harian Online:18 Jun 2011

2 ulasan:

Pustaka NurIman berkata...

kemudahan yg fleksibel

taugehkecut berkata...

salam sejahtera,

berikutan pekeliling dan saya juga bakal memohon cuti bersalin, saya ingin kepastian, adakah cuti yang dibenarkan hanya 60 hari atau 90 hari? bagaimana kalau saya memilih untuk bercuti selama 75 hari sahaja?

harap beri penjelasan.