ANAK saya adalah seorang guru di sekolah rendah. Anak saya lepasan universiti dan dilantik pada Gred DG41. Apa yang saya dapat tahu ialah Guru Besar di sekolah anak saya mengajar hanya berada pada Gred DG34 dan Lepasan Diploma.
Saya termenung sejenak. Kenapa hal ini berlaku? Sepatutnya gred Guru Besar lebih tinggi daripada guru-guru bawahannya. Amat tidak logik.
Sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran melantik Guru DG41 sebagai Guru Besar di sekolah rendah. Pada zaman yang semakin ramai guru berijazah di sekolah rendah, sudah semestinyalah Guru Besar perlu berijazah. Ini demi meningkatkan martabat guru besar itu sendiri. Semoga pendapat saya ini mendapat tindakan dari pihak berkenaan.
BAPA GURU 41
Utusan Malaysia Online: 27 Jun 2011
13 ulasan:
hairan...macam mana seorang bapa yang tak tahu struktur perjawatan di sek ren bersuara....ke anaknya yang suruh bersuara...kelakar jugak...sabar yer encik....Saya pun guru kecil yang lebih tinggi grednya dari guru besar....
Kementerian Pelajaranlah satu-satunya kementerian yang mempunyai struktur perjawatan yang kelam kabut. Cikgu-cikgu dah lama sedar tapi nak buat apa. Cuba tengok senarai perjuangan kesatuan-kesatuan guru, berderet-deret masih belum selesai.. Patut la sekolah banyak menghasilkan mat rempit, mat gian, bohsia dll..
Kinik
Ia akan berubah mengikut masa. Belum sampai masanya anak encik jadi guru besau. Gred DG38 dan kebawah ini, tidak akan wujud lagi pada masa depan selepas 10 ke 15 tahun. Selepas semuanya berijazah.
Cikgu Musi, persoalan bapa guru tersebut memang betul. Kita jangan menegakkan benang yang basah. Itu tidak kelakar ya sebaliknya memalukan jabatan kerana sementara jabatan-jabatan lain sudah upgrade struktur jabatan masing-masing mengikut keperluan semasa, sekolah pula di bawah Kementerian Pelajaran pula masih lagi ditakuk lama. Tak ada perubahan langsung malah banyak memberikan alasan kononnya masalah peruntukanlah , perjawatanlah macam2 itu dan ini ..dan akhirnya ..buat hebaan kononnya akan ada penstrukturan ..perkataan itu sudah lama kita denga dah bertahun-tahun tapi sampai sekarang pun tetap sama...
Cikgu Musa, u tak rasakah orang lain mentertawakan struktur sekolah rendah yang tunggang terbalik macam meja yang baru lepas pergaduhan????
cikgu lama, rasa-rasa u ni extra sensitive sangat. U rasa orang mentertawa struktur sekolah rendah yang tunggang terbalik macam meja yang baru lepas pergaduhan - mungkin u yang rasa macam tu.
Cikgu Musi - saya & 11 rakan sekerja pun guru kecik yang lebih tinggi gred dari guru besar jugak :-)))
Encik Sharudin - Sokong! semua akan berubah mengikut masa...
KESIMPULANNYA...... jwtn GB/PK DGA32,34,38 tidak sesuai lagi dlm tempoh 2-3 thn shj.
Oleh itu, wahai KPM....bertindaklah drp skrg:
1) Bermula dgn pelantikan PK, perlulah drp DG41 + pengalaman+ kebolehan. Selepas 5 thn, baru naik ke GB DG44.
2) GB/PK PPPLD yg sedia ada diteruskan hingga pencen. bagi yg belum menjadi GB/PK, lantik mereka ni sbg guru cemerlang DGA32,34,38 sbg penghargaan(sesuai dgn pengalaman mereka mengajar)
PERUBAHAN PERLU DILAKUKAN. MAKIN LAMA MAKIN RAMAI DG41 ,44,48 DI SEKOLAH. HARAPA KPM SEDAR. JGN BERI ALASAN BASI DLM AKHBAR, TETAPI ABIM TINDAKAN PROAKTIF.
KALAU TIDAK, ISU GB/PK PPPLD INI AKAN MENJADI BAHAN TERTAWA MASYARAKAT..
Ha.ha.ha..kah.kah.kah...Guru Besar tapi Gred Jawatan kecil...kuasa memang besar....lawak punya jabatan kerajaan.
Apa lah punya sistem ni?
Sistem kat negara Zimbabwe
kat Zimbabwe macam ni jugak ke?
lebih kurang la...zimbabwe, afrika selatan, nepal,
jawatan guru ni mmg unik. guru dg41 yg baru dgn guru dg34 yg berpengalaman akan amat berbeza pembawakannya. mmg le seorang bapa bangga akan anaknya yang dijaga dari kecil dapat degree segala.tp kena fikir pengalaman anak tu berapa lama mengajar. guru besar merupakan individu yg mampu membantu p&p guru dan menyelesaikan semua masalah berkaitan p7p.klu baru setahun je mengajar dgn pengalaman praktikal sebulan dua ...tak payah ckp le.....tunggu le anak tu "dewasa" dulu dlm bidang perguruan...kdg2 dah mengajar 20 thn pun guru masih mengajar untuk belajar...sbb kita berhadapan dengan manusia yg dtg dari latar belakang yg berbeza....
Memang tak logik...struktur yg pelik... bayangan kalo dlm tentera... gb tu pangkat sarjan je.. tentera biasa(guru biasa) pula ada lans kopral g29, sarjan g32, leftenan gred 41, kapten g44 dan mejar gred 48.. mcm mna sarjan nak arah2 anggota berpangkat mejar? Pelik
Catat Ulasan