Rabu, 29 Jun 2011

Guru dan pelajar diingatkan jauhi perhimpunan haram 9 Julai

2011/06/29

KUANTAN: Semua guru dan pelajar sekolah diingatkan supaya tidak terbabit dengan perhimpunan haram yang dirancang oleh puak pengacau pada 9 Julai ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, guru dan pelajar adalah kakitangan kerajaan yang tidak wajar menyertai perhimpunan haram itu.
Beliau berkata, sekiranya mereka terbukti terbabit dalam perhimpunan itu, tindakan tatatertib akan dikenakan termasuk mengikut undang-undang negara.
"Saya mohon kepada semua guru supaya berfikir sebaik-baiknya dan bertindak sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab sekiranya ingin menyertai perhimpunan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar ke-17 di sini hari ini.

Sementara itu, Abd Ghafar berkata, kementerian sentiasa melakukan penambahbaikan perkhidmatan guru di negara ini.

Katanya, usaha itu dilakukan secara berterusan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengadakan perbincangan bersama dari semasa ke semasa. - BERNAMA

Berita Harian Online: 29 Jun 2011

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CIKGU-CIKGU SEMUA, tak susahkan diri anda. JANGAN PERGI.

PRU 13 dah tak lama lagi. Waktu itulah terjemahkan kebijaksanaan anda.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu mana ada masa nak pergi. Semua Sabtu penuh dengan aktiviti. Dulu tanggapan masyarakat kerjaya guru paling istimewa, gaji senang cuti banyak. Sekarang tugas guru paling lekeh, cuti paling sikit.

Cikgu-cikgu semua adalah orang-orang "yang menurut perintah"..

Kinik

mustaffa zaki abd mubin berkata...

bak kata KSU, semua penjawat awam wajib impartial - non partisan

guru di Kelantan pula diwajib hadir ke ceramah Ummi Hafilda. Gambar MB x leh gantung di sek sebab org politik. Gambar PM dan menteri tu bukan politikkah?

Mana keadilannya? kawe bukan org pas tp meluat dengan double standard yang melata di negara ni.

Mohd Firdause berkata...

Yerke kene pergi ceramah umi hafilda...jijiknya... Baik pergi ceramah Uztaz Azhar Idrus