Isnin, 27 Jun 2011

Ibu bapa murid serang guru dakwa anak mereka ditampar

PASIR MAS 26 Jun - Akibat salah faham, seorang guru lelaki cedera di pipi kiri setelah ditumbuk oleh bapa seorang murid tahun empat, yang mendakwa guru terbabit telah menampar anak lelakinya dalam satu insiden Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, guru terbabit, Azidi Abdullah, 44, juga nyaris dicederakan dengan sebilah parang yang dibawa oleh isteri lelaki berkenaan.

Menurut mangsa, kejadian berlaku ketika dia baru sampai di sekolah rendah berkenaan, apabila tiba-tiba didatangi bapa murid terbabit yang sedang menunggu di pagar sekolah.

Dakwanya, lelaki tersebut bertindak menumbuk pipi kirinya sebanyak dua kali meskipun cuba ditenangkan.

"Tanpa sempat berbuat apa-apa, saya terus ditumbuk oleh bapa murid itu. Selepas kali pertama ditumbuk, saya meminta dia bertenang tetapi tidak dihiraukan apabila sekali lagi menumbuk bahagian pipi kiri," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu, Azidi telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas di sini kira-kira pukul 10.15 pagi ini.

Mengulas tindakan pasangan itu, dia memberitahu, semuanya berpunca akibat salah faham kononnya dia telah menampar anak mereka sehingga murid terbabit cedera beberapa hari lalu.

"Murid terbabit terhantuk di meja dan luka pada Rabu lalu. Ketika bertanyakan hal itu kepada murid terbabit, dia terus menangis dan saya memujuk dengan menyentuh pipinya, bukan menampar," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Utusan Malaysia Online: 27 Jun 2011

6 ulasan:

tice su berkata...

ni lg dasat!

geram su baca..ish3!

Tanpa Nama berkata...

saya ingin mencelah.
1. Komunikasi Guru dan ibubapa perlu dihidupkan melalui PIBG.
2. Kegagalan PIBG di sekolah untuk berfungsi menyebabkan perkara ini berlaku. Kesannya, guru dibelasah. Pelajar? Ibubapa melepaskan dendam kesumat.
3. Kepada siapa pelajar nak mengadu? kepada siapa ibubapa nak mengadu? kepada siapa guru nak mengadu? >>>> PIBG LAH TEMPATNYA.
4. Institusi awam khususnya sekolah bukanlah berstatus immuniti. Pelajat tidak mempunyai status immuniti, guru pun sama jugak. Setiap kesalahan pelajar, setiap kesalahan guru juga perlu dihukum. Tidak ada lesen untuk penderaan, makian, ugutan, herdikan, pukul, tampar, tempeleng cuma merotan dgn izin mengikut Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
- Bapa prihatin, jelawat, bachok.

guru lama berkata...

Kalau pun marah tanyalah dulu apa kesalahan, betulkah atau hanya laporan tipu oleh budak tersebut terhadap guru.

Macam mana budak tidak kurang ajar kalau ibubapa sama je.Kalau di rumah anak itu diajar dengan baik sampai sekolah pun tetap bersopan santun. Tak mungkin ada guru sengeja memarahi murid tanpa sebab. Kalau ada itu guru gila..tak cukup satu ringgit.

Tapi bayangkan seperti laporan tersebut ibubapa datang menampar guru manakala ibu pula bawa parang..Situasi ini sahaja sudah dapat menggambarkan suasana dalam rumah budak tersebut. Kedua-dua ibu dan bapa garang, keras, bengis, jahat dan tentulah percakapan dirumah juga kasar dan tidak bertapis. Kalau ibu itu bersikap lembut tidak mungkin membawa parang apa lagi menghayunkan parang kat guru.Ini menunjukkan orang tua tersebut adalah orang tua yang gagal mendidik anak menjadi anak yang bersopan santu, lemah lembut dan menghormati orang lain...

'BAPA KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERDIRI"

guru lama berkata...

maaf ya SALAH TAIP

"BAPA KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARI""

GuruBatuPahat berkata...

setuju dgn guru lama.

saya pun biasa ada parents datang bawak kapak kecik kononnya supaya saya x sempat balik rumah, alasannya sebab marah dan bawa jumpa GB anak dia tikam kawan dngan gunting sampai patah kuku.

ni GB yang lempang, saya yang kena. nasib saya tipu juga kata ketua polis kelantan pakcik saya. haha, kalo x silap2 dah dok alam baqaa la ni.

Tanpa Nama berkata...

satu kes, seorang guru ditumbuk oleh bapa pelajar seorang tentera, guru tu dibela oleh kesatuan guru dan bawa kes tu ke mahkamah dengan tuntutan rm50 ribu kerana menyerang dan menceroboh sekolah...kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah dengan bayaran ganti rugi rm10 ribu...