Oleh Fakhrurrazi Usuldin
bhnews@bharian.com.my
2011/06/11
Langkah lahir pelajar seimbang, galak gaya hidup sihatPUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah.
“Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun.
“Antara lain, dasar ini berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas,” katanya pada sidang media pelancaran dasar berkenaan, di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Dr Zahri Aziz.
Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.
Muhyiddin menggariskan enam strategi memantapkan sukan di sekolah ketika mengumumkan program SPTS dan berharap dasar terbabit akan mengembalikan kecemerlangan sukan sekolah di seluruh negara.
Abdul Ghafar berkata, penyertaan menyeluruh semua murid dalam kegiatan sukan perlu bagi membangunkan modal insan cergas.
Berita harian Online: 11 Jun 2011
7 ulasan:
dasar yang amat baik...tapi seperti sukar untuk dilaksanakan. Sukan boleh dikatakan dipelopori oleh guru lelaki...jika guru lelakikurang kat sekolah..sukar nak realisasikan dasar ini...bukan tak boleh...tapi ada kesukarannya
Ya, betul. Sekolah saya ada 42 guru. Hanya 6 lelaki.
DASAR YG BAIK...sayangnya..meknaisme pelaksanaannya LEMAH.
Apa pun....kalaun kat sekolah rendah la ni....JPN, PPD akan tanya"Berapa ramai dpt 5A, 7A?, Berapa peratus lulus.
BAB SUKAN, tak da siapa pun nak nilai. Guru sukan lagi teruk... paling tak disukai di sekolah.
Inilah dasar pendidikan kita yg berorientasikan hafalan dan peperiksaan.
kita kena menerima segala tanggungjawab dan melaksanakannya dengan baik dan patuh. Selaku tulang bealakng kerajaan, segala dasar kerajaan BN perlu disambut baik oleh guru, dengan segala kemahuan guru dipenuhi oleh BN maka amat x wajar sekali ada guru tergamak menjadi musuh negara dengan mengkritik kerajaan dan menyokong pembangkang
Betul tu Mak Cik Kamariah.....jadilah sepeti lembu dicucuk hidung
Cik/Puan Kamariah....
saya tak setuju pandangan awak mengatakan kita tak boleh mengkritik kerajaan walaupun kita kakitangan kerajaan...Mengkritik kena pada tempatnya adalah perlu...saya tak mengkritik dasar sukan ini...tapi meluahkan pendapat berdasarkan situasi yang ada pada masa ini...
Cikgu Musi,
Mak Cik kita ni dah berkarat otaknya. Apa nak buat.
Catat Ulasan