KULIM 26 Jun — Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
"Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).
"PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, hari ini. - Bernama
Utusan Malaysia Online: 26 Jun 2011
5 ulasan:
"berdasarkan perancangan, semua peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional kelak.." ckgu plak camne?
Kat sekolah teman bangunan MPV - Seni Reka Tanda - sedang rancak dibina menelan belanja berjuta ringgit. Belum siap lagi bangunan sudah nak dibatalkan pulak.. Amender kerja ni?
Tu la namanya buat kerja takde peraturan, takde perancangan.. Tapi almaklumlah, yang depa buat semuanya betul.. Tak ada yang tak betul semunya betul belaka..
Kinik
memang lah semua apa yang mereka buat betul...ha..ha..ha...
apa citer plak dgn sekolah saya. MPV katering dan penyajian. Tahun ni tahun pertama mula matapelajaran ni.. pelajar bersemangat giler nak belajar katering...alih2 dpt tahun tahun depan dah nak mansuh..bangunan dah siap, peralatan dah lengkap cuma letrik je belum ada..menelan kos RM1.2 juta beb.. tak ke membazir namanya tu?
Saya muskil adakah kerajaan (MOE) telah membuat perbincangan diperingkat kementerian khususnya yang menjalankan latihan voksional sediada ada iaitu KSM, KBS dan Mara berkaitan dengan hala tuju kementerian ini berkaitan dengan latihan kemahiran jika pelajar yang keluar di tingkatan 3 sudah ada SKM T2. Sedangkan ILP, IKBN dan IKM mengambil pelajar lulusan SPM untuk dilatih di tahap 2 dan 3. Saya risau ianya menjadi kerja yang 'redundant'.
Catat Ulasan