Khamis, 16 Jun 2011

Pistol di kepala guru

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.

Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.

Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.


Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.

myMetro: 16 Jun 2011

9 ulasan:

Cikgu Musi berkata...

macam mana plak...bapak budak tu bleh ada pistol?...polis ker?

guru lama berkata...

Kc buang anak tersebut dari sekolah

Tanpa Nama berkata...

ngajar anak sendiri la.. kalau tak bagi anak kena..cepat sangat melatah, macamlah tak pernah pukul anak bila anak buat salah..

Tanpa Nama berkata...

Buat laporan polis. Biarkan polis selesaikan masalah. Negara kita ada undang-undang. Kalau ikut cerita pengadu banyak kesalahan bapak budak tu.. acu pistol satu jenayah serius ugutan bunuh. Menceroboh kawasan sekolah..satu kesalahan..mana pegawal keselamatan sekolah? Dok diam je ke atau lesap masa kejadian. Kemudian ugut cuba ganggu kaki tangan awam daripada menjalankan tugas..satu hal lain. Jadi sampai bila nak berdiam diri? Pihak berkuasa perlu siasat dengan adil jika ada laporan dibuat.

Guru Borneo berkata...

Inilah bapa contoh: Bapa Jahat Anak biadap

Tanpa Nama berkata...

Apakah berita ini benar?
saya hairan kerana ianya adalah kejadian kedua (mengikut berita : kejadian pertama berlaku 3 bulan lalu dan Yang DiTuduh membawa "Pump Gun".
Menurut berita ini, kejadian pertama diselesaikan oleh pihak pentadbiran sekolah !

Mengapa bapa (Yang DiTuduh) ini begitu tidak berpuashati ??
perlu diKETAHUI UMUM, sekolah yang dimaksudkan ini hanyalah sekolah RENDAH.

apakah tenaga pengajar di sekolah ini mengamalkan budaya samseng ke atas pelajarnya? Melaksanakan hukuman ikut syok sendiri???
- bapa prihatin, jelawat, bachok.

one berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wan berkata...

berperang dunia ketiga

Tanpa Nama berkata...

Assamualaikum
pertama sekali nk cakap berita ni tidak betul sama sekali.
i) tidak ada pistol diacukan di kepala guru
ii) tidak ada kejadian pertama 3 bulan yang lalu yang dilaporkan oleh metro.
wartawan ni tahu sensasikan cerita sahaja. kes ini selesai apabila bapa ini minta maaf kat balai polis.repot polis pun guru dah tarik balik. report polis yang guru buat adalah
i)bapa murid menceroboh masuk kesekolah menyerang guru
ii) mengungut dengan menunjukkan pistol dipinggang sahaja.
harian metro ni mengadakan cerita sahaja. lain kali x leh percaya kepada berita yang dikeluarkan oleh harian metro