Khamis, 23 Jun 2011

Terengganu Hantar 110 Guru Ke Australia Dan Korea Selatan

KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu akan menghantar 110 orang guru ke Australia dan Korea Selatan selama seminggu untuk lawatan sambil belajar selepas hari raya nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata seramai 60 orang daripada mereka akan dihantar ke Australia sementara selebihnya ke Korea Selatan.

"Ini sebagai hadiah kerajaan negeri di atas usaha kehebatan guru membantu pendidikan Terengganu," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah Kuala Terengganu di sini pada Khamis.

Beliau berkata 50 orang guru dihantar untuk lawatan sambil belajar ke Melbourne, Australia tahun lalu.

Ahmad Razif juga berkata kerajaan negeri akan membelanjakan kira-kira RM4 juta untuk memberi insentif dalam bentuk komputer riba kepada guru-guru tahun ini.

Beliau berkata guru-guru akan menerimanya bulan depan sebagai tanda terima kasih kerajaan negeri kepada mereka yang telah mengharumkan nama Terengganu dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mewujudkan lapan buah lagi kelas maya di 32 buah sekolah rendah dan lapan sekolah menengah tahun depan yang melibatkan kos hampir RM5 juta.

Ahmad Razif berkata tahun ini sebanyak 42 kelas maya di sekolah rendah dan menengah telah diwujudkan bagi memperkasakan sektor pendidikan di Terengganu.

-- BERNAMA

BERNAMA: 23 Jun 2011

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu tak apa rahsianya T'Ganu & Kelantan sentiasa shj dikatakan cemerlang dlm setiap peperiksaan awam.
RAHSIA UTAMAnya ialah di negeri-negeri ini pelajar cina dan india sangat kurang.
Di negri-negeri lain, pelajar India dan Cina yg menyebabkan keputusan negri lain lebih rendah.
itu shj...bukanlah dikatakan guru-guru di sana tu hebat dan cemerlang.