Sabtu, 14 Februari 2009

Program berkembar TESL

PUTRAJAYA 13 Feb. - Kabinet telah meluluskan pelaksanaan Program Kembar Praperkhidmatan B. Ed (TESL) antara Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan universiti luar negara bagi pusingan ketiga.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kelulusan itu selaras dengan usaha untuk menambah bilangan guru Bahasa Inggeris yang fasih, berkualiti dan dapat menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.

''Kementerian Pelajaran sudah meluluskan penyertaan seramai 1,000 pelajar untuk dua kumpulan bagi menyertai program itu,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, program itu bertujuan menambah bilangan guru Bahasa Inggeris berkualiti menerusi model 1+2+1 untuk bakal guru sekolah rendah dan 3+1 untuk guru sekolah menengah.

''Untuk pengajian kategori sekolah rendah, tahun pertama dan keempat akan dijalankan di IPG Malaysia manakala tahun kedua dan ketiga di universiti luar negara.

''Pengajian kategori sekolah menengah pula tiga tahun pertama di luar negara dan tahun terakhir di IPG tempatan," katanya.

Beliau berkata, universiti luar negara yang terlibat dengan program itu ialah Canterbury Christ Church University, Macquarie University, University of Auckland, University of Warwick, Queensland University of Technology, University of Portsmouth, Victoria University of Wellington, University of Otago dan University College Plymouth St. Mark & St. John.

Menurutnya, keputusan untuk mengadakan program berkembar ini diambil atas keprihatinan serta komitmen berterusan kerajaan untuk memajukan pendidikan negara walaupun dalam suasana ekonomi semasa yang tidak menentu.

Utusan Malaysia Online: 14 Februari 2009

2 ulasan:

ShiqinAli berkata...

Assalamualaikum...
saya dapat pergi interviu maktab untuk Bahasa Inggeris (SM)/pend jasmani/pengajian sosial. Jadi,interviu yg saya nak pergi ni sebenarnya untuk TESL ke?

Tanpa Nama berkata...

salam..
sy pelajar jurusan tesl ambilan julai 2009 di ipg tempatan, dan sy sngt berbangga menjadi pelajar tesl..tetapi,bermula dari tahun sy iaitu tahun 2009,tiada lagi program berkembar dengan universiti luar negara seperti yg diadakan sebelum ini..jadi, sy ingin mengetahui sebabnya kerana kadang2 sy berasa sedikit jeles dengan pelajar senior tesl yg berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara..
sekian..terima ksh =)