Isnin, 25 Oktober 2010

Berita baik bagi guru sandaran

MELAKA 24 Okt. - Kementerian Pelajaran merancang menyerap masuk guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang berkhidmat melebihi lima tahun ke dalam program Kursus Dalam Cuti (KDC) sebelum layak memegang jawatan tetap.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya sedang mengenal pasti GSTT yang berkhidmat lebih lima tahun daripada keseluruhan 12,000 orang yang mengikuti KDC.

Menurutnya, kementerian tidak mampu menyerap masuk kesemua GSTT mengikuti KDC memandangkan tempat yang disediakan agak terhad.

''Bagi memenuhi permintaan pelbagai pihak untuk mengambil guru sandaran ke jawatan tetap, mungkin kita boleh ambil GSTT yang berkhidmat lebih lima tahun mengikuti KDC sebelum mereka diserap ke jawatan tetap," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini.

Katanya, kementerian menganggarkan kurang 1,000 GSTT yang sudah berkhidmat lebih lima tahun ketika ini.

''Jumlah mereka amat kecil, tidak sampai beribu orang, hanya mereka ini yang mungkin dipilih mengikuti KDC sebelum boleh diserap ke jawatan tetap," katanya.

Utusan Malaysia Online: 25 Oktober 2010

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya berbesar hati dgn usaha yg dilakukan oleh pihak2 tertentu...tp,bagaimana nasib guru2 GST (Guru Sandaran Terlatih)? mereka memiliki ijazah sarjana muda selama 4 tahun yg agak lama....tp GSTT hanya memerlukan 5 tahun pengalaman bekerja sahaja utk menjadi guru tetap. saya berharap selepas tindakan terhadap GSTT ini, ia tidak akan mengganggu masa depan GST @ mengalami masalah lambat posting...mmg GST tidak mempunyai pengalaman...tp mereka telah dilatih,diajar,telah membuat praktikal dan sebagainye...pd saya pengalaman boleh di cari..begitu juga jika GST diberi peluang posting secepat mungkin.

Tanpa Nama berkata...

salam..

betul tu...saya sangat setuju dengan pendapat saudara/i..
pihak KPM juga perlu mengambil berat soal penempatan GST supaya dipercepatkan bagi mengisi kekosongan yang ada kerana GST telah menuntut ilmu di IPT selama 4 tahun dalam bidang pendidikan serta latihan praktikal yang sangat efektif bagi menimba pengalaman...

saya juga menyambut baik KPM yang hanya akan menyerap masuk GSTT yang mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun sebagai GSTT dengan syarat memenuhi kriteria untuk menjadi seorang guru..

wahai GSTT yang bernasib baik ini..jangan sia-sia kan peluang yang diberikan ini..

diharap semua pihak dapat menerima cadangan ini dengan hati yang terbuka...

Tanpa Nama berkata...

GSTT akan diserap..bukankah ini akan menggangu komposisi GST? Pihak KPM perlu faham guru yang mempunyai ijazah pendidikan hanya boleh memasuki sektor pendidikan dan bukan sektor lain seperti kejuruteraan atau biomedik sbb dah CITA2 ASAL kami dah ingin menjadi seorang guru..sbb itulah kami mohon kursus pendidikan. GST telah belajar selama empat tahun bidang pendidikan seperti falsafah, pedagogi, kurikulum, psikologi, kaedah mengajar, kauseling, teknologi pendidikan, pengurusan HEM, pendidikan kekeluargaan, pengurusan bilik darjah, penyelidikian pendidikan, sosiologi pendidikan serta banyak lagi dan adakah KPM rasa pengetahuan ini akan diterima sektor lain selain pendidikan. GST yang mempunyai ijazah seperti kejuruteraan dan bisens perlu berusaha mencari pekerjaan dan bukannya memilih guru apabila tidak medapat kerja di sektor sendiri. Kalau dah cita asal menjadi guru, mengapakah pada awal semasa permohonan guru, mereka tidak memilih kursus pendidikan sebaliknya memilih kursus lain. Saya menyokong jika GSTT diteruskan membantu sekolah tetapi jika diserap maka saya dengan berat hati tidak menyokong. Maaf saya katakan sbb saya merupakan guru gst yang telah lulus interview tetapi telah menunggu posting selama 6 bulan sehingga sekarang walaupun masi kekurangan guru tetapi mengapakah ada beribu2 guru gst tidak dipaggil lagi.

Tanpa Nama berkata...

betol...semesti pengalaman GST boleh diasah di sekolah sbb mereka disediakan oleh IPG/IPTA untuk menghadapi cabaran2 di sekolah. Kalau saya tahu nak jadi cikgu tak payah ijazah pendidikan gak, baik saya ambik jurusan mass comm..xyah susah belajar ilmu pendidikan sbb boleh jeh mohon jadi cikgu tetap walalaupun takde imu pendidikan..

Tanpa Nama berkata...

Di harap segala persoalan @ ulasan yg diberikan dapat dijawab oleh pihak2 tertentu...terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam..
betul3..harap segala ulasan dapat dijawab pihak oleh admin blog ni atau pihak kpm sendiri...
tolong tgk setiap ulasan ye...