Jumaat, 1 Oktober 2010

Graduan UNISEL terkilan gagal mohon guru

2010/10/01

SAYA mewakili siswazah Sarjana Muda Pendidikan Teaching English As A Second Language (TESL) sesi 2010 daripada Universiti Industri Selangor (UNISEL) ingin meluahkan rasa dukacita dengan Bahagian Pengambilan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) IPTA, Kementerian Pelajaran.

Permohonan GSST menerusi talian. Kami hampa apabila mendapati nama UNISEL tidak tersenarai dalam senarai IPT permohonan GSST pada Jun lalu, sedangkan pada pengambilan GSST awal Mac 2010, nama UNISEL tersenarai dalam talian.

Ini bermakna graduan Sarjana Muda Pendidikan TESL UNISEL tidak berpeluang memohon GSST Kementerian Pelajaran. Keadaan menjadi bertambah teruk kerana permohonan GSST secara talian pada September lalu juga tidak menyenaraikan nama UNISEL.

Kami sekali lagi terlepas peluang memohon GSST walaupun program Sarjana Muda Pendidikan TESL UNISEL diakreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

LULUSAN UNISEL KECEWA,
Kedah

Berita Harian Online: 1 Oktober 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

siapa suruh masuk di swasta

algojo berkata...

MQA dah iktiraf..tunggu JPA iktiraf pulak

lepas JPA clear, baru KPM bleh ambik

it all follow chain of command

Tini berkata...

MQA dan JPA dah iktiraf... kenapa masih tidak boleh?
kami masuk ke IPTS kerana tidak berpeluang mendapat tempat di IPTA bukan sengaja suka-suka.