Ahad, 24 Oktober 2010

Matapelajaran Sejarah di semua sekolah rendah 2014

24/10/2010 2:26pm

MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.

Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.

''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini. – Utusan

Utusan Malaysia Online: 24 Oktober 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm2 muhyidin ni..
subjek yg sediada pun terkulat2 nk abiskan silibus...subjek sejarah lagi..

Tanpa Nama berkata...

MP Sejarah telah diperkenalkan dari dulu lagi. Tapi YB-YB, profesor-profesor di universiti melihat skop kecil lalu dikembangkan kononnya dengan menerapkan aspek sejarah dalam mata pelajaran lain..Inilah bodonnya mereka dalam cerdiknya ada bodohnya.Bila generasi sekarang tidak reti Sejarah Perjuangan Bangsa Menuntut Kemerdekaan barulah terkial-kial.


Selepas ini kalau di buang lagi mp Sejarah ..saya harap orang yang mencadangkan itu ...gantung diri..bukan gi mati ..letak jawatan dari semua tugas ..sebagai pendidik

tindakan-tindakan mereka ini telah menyebabkan ramai orang silap,bodoh dan melawan kerajaan