Selasa, 26 Oktober 2010

Tawaran lantikan guru GSTT terhad

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada aduan 'Lulusan UNISEL Kecewa, Kedah', dalam ruangan ini bertarikh 1 Oktober lalu bertajuk 'Graduan UNISEL terkilan gagal mohon guru'.

Dimaklumkan bahawa penawaran pelantikan guru sandaran siswazah terlatih (GSST) buat masa ini terhad kepada graduan keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) saja.

Pengambilan mereka bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan di IPTA dan IPG adalah berdasarkan unjuran keperluan guru ditetapkan kementerian.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 26 Oktober 2010

4 ulasan:

morriskgan berkata...

GSTT hendaklah diberi penilaian yang betul.Satu kaedah yang paling baik ialah dengan merujuk sekolah dimana GSTT itu sedang mengajar dan disamping itu Pegawai dari Kementerian Pelajaran turun padang membuat pemantauan untuk memastikan GSTT yang diserap ke jawatan tetap itu mendapat penilaian yang adil dan saksama.

Sebelum ini ada GSTT yang mengajar dengan cemerlang di sekolah tetapi tidak dapat masuk IPG/kursus KPLI kerana penilaian yang dibuat tidak berdasarkan prestasi sebenar tetapi hanya sekadar melalui temuduga yang dibuat hanya satu hari sahaja.

Oleh itu penilaian yang paling baik ialah dari para pentadbir sekolah yang melihat secara betul apa yang dibaut oleh GSTT. Sekadar temuduga satu hari oleh para pensyarah tidak menggambarkan prestasi sebenar GSTT.

Disekolah saya ada 9 orang guru GSTT dan mereka sedang menunggu masuk IPG melalui KPLI atau KDC tetapi setakat ini yang masuk hanya pemohon yang belum pun menunjukkan prestasi sebenar di sekolah berbanding GSTT yang sudah lebih setahun di sekolah.

Tanpa Nama berkata...

bukan nk tutup rezeki org...tp tawaran lantikan guru GSTT sepatutunya tidak wujud. dengan adanya bilangan guru yg ramai sekarang ni,mustahil kita kekurangan guru. setiap tahun ada pengambilan..sistem pengurusan pendidikan haruslah betul...cekap dan pantas....insyallah kekurangan guru dapat dielakkan.maka bubarkan saja GSTT.

Tanpa Nama berkata...

Bubarkan saja GSTT.Jangan gadaikan masa depan anak bangsa dengan membiarkan GSTT berkhidmat 2-3 tahun tanpa sebarang jaminan.m Jika menghadapai kekurangan guru, ambil pelajar yang mengikuti kos pendidikan sahaja sebagai guru ganti supaya mereka mendapat pengalaman sebelum jadi guru tetap. Sistem perlu dirombak. Jangan amalkan birokrasi dan diskriminasi dalam memilih calon GSTT sebelum ini. Jangan campurkan unsur politik dan perkauman..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin senang bagi kita untuk mencadangkan pembubaran gstt, tetapi kita tidak seharusnya memandang remeh usaha yang dibuat oleh gstt yang sedia ada. Ramai gstt yang berpotensi dan harus diberi peluang berdasarkan prestasi yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan. Oleh itu saya amat bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh morriskgan.

Pada tahun 2008, ramai pihak di daerah saya bersetuju bahawa kebanyakan gstt pada tahun tersebut sangat berpotensi jika diberi peluang, terutama mereka yang sanggup menjalankan tanggungjawab di kawasan pedalaman.Ini dibuktikan lagi apabila ramai guru besar yang cuba membantu guru-guru gstt ini supaya perkhidmatan mereka dilanjutkan lagi di sekolah pedalaman masing-masing. Bagaimanapun ketika itu pihak kementerian negeri sabah masih tidak mengendahkan rayuan tersebut atas banyak alasan yang mengecewakan.

Gstt patut diberi peluang memandangkan mereka mempunyai kelayakan ijazah sebagaimana pelajar-pelajar kpli dan dpli.Jika dilihat kepada kelebihan,gstt dan kpli/dpli sama-sama mempunyai kelebihan. gstt mempunyai pengalaman walaupun tidak berpeluang mengikuti kursus kpli/dpli. Kelebihan kpli pula ialah mereka berpeluang mengikuti kursus tetapi mereka tidak mempunyai pengalaman sebenar seperti yang dimiliki oleh gstt dalam dunia perguruan. Janganlah pengalaman seorang gstt itu disia-siakan kerana saya percaya kita sesama manusia sama-sama inginkan peluang apalagi jika mereka ini telah berusaha gigih untuk menjadi seorang guru seperti yang diharapkan oleh semua pihak.