Jumaat, 5 November 2010

Peperiksaan SPM diteruskan


Mohd. Puad


Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula pada 23 November ini tidak akan ditangguhkan meskipun banjir besar melanda Kedah, Perlis dan Kelantan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peperiksaan tersebut tetap dijalankan dengan memindahkan calon terbabit ke kawasan yang tidak terlibat dengan bencana tersebut.

Beliau berkata, keputusan tersebut diambil berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian supaya calon-calon dapat menduduki peperiksaan tersebut dalam keadaan selesa dan selamat.

"Sekiranya keadaan memaksa, kita akan memindahkan semua calon SPM ke sekolah lain yang tidak dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Puad diminta mengulas cadangan beberapa persatuan supaya Kementerian Pelajaran menangguhkan peperiksaan SPM pada 23 November ini berikutan banjir besar yang melanda tiga negeri.

Antara persatuan yang membuat cadangan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE) dan Pemuda Gerakan Kedah.

Kosmo Online: 5 November 2010

Tiada ulasan: