Rabu, 22 Oktober 2008

Alasan elaun lewat tak munasabah

TAHUN lalu, kerajaan mengumumkan elaun balik kampung untuk semua kakitangan pendidikan yang bertugas di kawasan pedalaman bagi meringankan beban mereka.

Namun, apa yang mengecewakan kami, sejak elaun itu diumumkan, kami belum lagi menikmatinya. Selepas susulan ke pejabat pelajaran, pegawainya memberi alasan elaun itu tidak dapat dibayar tahun lalu dan tahun ini disebabkan tiada peruntukan serta kelewatan menghantar borang permohonan ke Jabatan Pelajaran Sarawak dan Kementerian Pelajaran.

Alasan itu tidak munasabah kerana ketika kerajaan mengumumkan pemberian elaun itu, kos perbelanjaan sudah diambil kira. Kami mengisi dan menghantar borang permohonan mengikut tarikh ditetapkan.

Tahun ini, kami diminta untuk mengisi borang permohonan untuk elaun balik kampung pada Julai oleh pejabat pelajaran dan pada Oktober, sekali lagi pejabat meminta kami mengisi borang permohonan untuk digunakan tahun depan.

Apabila kami bertanya kepada pejabat mengenai elaun balik kampung tahun ini, mereka memberi alasan tiada peruntukan kerana kelewatan membuat permohonan. Di mana silapnya?

Kami membuat permohonan berpandukan tarikh yang diberikan, oleh itu adakah benar tiada peruntukan?

Bagi saya dan rakan dari Semenanjung dan Sabah, kami layak menerima kemudahan tiket penerbangan mengunjungi wilayah, dua tahun sekali.

Saya dan rakan tidak memohon tiket penerbangan itu kerana difahamkan akan mendapat elaun balik kampung dan tidak boleh memohon kedua-duanya serentak.

Kami yang bertugas di Sarawak berasa kerugian kerana tidak dapat menikmati kemudahan yang disediakan kerana kesilapan pihak berkenaan.

Harap pihak terbabit menjelaskan prosedur yang diperlukan untuk permohonan elaun dan kemudahan berkenaan.

GURU ULU,
Kapit, Sarawak.

Berita Harian Online: 22 Oktober 2008

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa skim EBK ini masih baru dan pihak-pihak tertentu belum lagi tahu kegunaannya. Saya juga hadapi masalah hampir sama di sekolah saya dan saya sekarang kelam-kabut tanya sini-sana kerana kos saya balik Semenanjung tidak kecil oh!

erwantos berkata...

saya sekarang baru sahaja bertugas di sk pedalaman tahap 3 di negeri sabah..oleh itu, prosedur berkenaan dengan ebk tidak diketahui dengan jelas... klu ada rakan2 guru yang tau pasal prosedur tuntutan ebk harap dapat kongsikan bersama...sama-sama pertahankan hak kita...

Tanpa Nama berkata...

Saya baru bertugas di SK pdalaman tahap 1 sarawak..tahun 2009 kami diberi borang utk waren tiket..dan oleh kerana baru pertama kali jadi saya dan kawan2 memilih tarikh cuti akhir tahun ..Namun apabila ditanya tiket hingga ke saat2 akhir pun tiada berita...OK.kemudian pada awal jan yg lalu GB menyuruh kami mengisi borang tuntutan EBK untuk tahun lalu..jadi kami pun mengisinya dengan segera..namun untuk kali ke 2 nya kami kecewa apabila hanya rakan2 lain sahaja yang menerimanya sedang kan saya dan kawan2 guru tidak.Apabila di tanya kepada PPD..jawapan yg diberikan ialah..JPN Kuching cakap Guru2 DC41 tidak layak memohon EBK..apa kejadah semua ni...jangan mainkan kami...kami berkorban meninggalkan anak isteri di semenanjung dan ini yg kami dapat sebagai balasan...

Tanpa Nama berkata...

Dah masuk 3 tahun aku di Pedalaman/sejak EBK diumumkan hingga sekarang/ sesen Pun TARAK masuk dalam akaun aku/ Haram Jadah ler pegawai di Pejabat pendidikan DAERAH SONG. KEPALA OTAK BABI, anjing/ bangang/ PATUTLER DAERAH NI ASYIK KEKURANGAN GURU/ KEBAJIKAN GURU TAK DIJAGA/ DAHLER ANJING/ AKU CAKAP BANYAK-BANYAK PUN TAK GUNA/ BILA ORANG NAK REPORT POLIS TAU PUN TAKUT

Tanpa Nama berkata...

PPD Belaga pun sama. Tuntutan dari tahun lepas ridak dibayar. Kerani tidak buat kerja. Tlgla kerajaan sila pantau. Bila lapor kepada Tuan PPD katanya lupakan perkara yg lama.Buka buku baru utk tahun baru. Apa semua ni.kami kerugian bukan sedikit. Apa yg sepatutnya kami dapat kami perlu dapat. EBK pun tidak dibayar. Kemana pergi peruntukan semua? Kemana org2 di PPD belaga awal mendapat tuntutan mereka tetapi guru2 yg mengajar jauh datang dari Semenanjung hangus begitu saja tuntutan kami.

akulahguruitu berkata...

kpd guru2 yg layak mohon ebk,

jika ada lagi perkara seperti ppd ckp tade peruntukan ke ape, bawa ke pihak atasan biar diorang tahu..
pastu bawa sekali pekeliling pasal ebk ni tunjuk kat diorang..bioleh serach dlm internet pasal pekeliling.
mengenai DC41 tak dpt claim ebk, sy rasa slh..menurut pekeliling seorang pegawai harus bertugas melebihi 6 bulan kemudian layak utk ebk..tade pulak sebut disahkan jawatan ke tidak...wallahu a'lam