Jumaat, 20 Mei 2011

Berita baik hanya gembirakan pengetua, GPK

2011/05/20

APABILA kerajaan mengumumkan berita baik untuk guru sempena Hari Guru baru-baru ini, majoriti saya lihat dan dengar ialah tidak enak didengar. Antara komen mereka ialah apa yang guru dapat? Nasib guru DG41, DG44 baik sekolah menengah ataupun sekolah rendah seperti terpinggir.

Berita baik itu hanya menggembirakan pengetua dan guru penolong kanan (GPK) yang bertukar secara automatik kepada DG48 atau DG52 yang mana ada antara mereka ini berkhidmat tidak sampai 10 tahun.

Kononnya tugas mereka berat? Saya berpendapat tugas guru biasa lebih berat daripada mereka. Saya berpendapat tugas pengetua dan GPK, kerani biasa pun boleh buat. Itulah sebabnya kerani lebih banyak di pejabat. Sebab semuanya kerani yang buat. Jadi di mana rasionalnya kerajaan menaikkan gred GPK dan pengetua kepada DG48 dan 52 secara automatik mulai 1 Januari 2012?

Tugas guru biasa lebih berat sebab mereka mengajar. Tugas mengajar sangat berat. Jika murid gagal, guru biasalah yang membantu murid meningkat. Sebab itu guru biasa sanggup buat kelas tambahan dan pulang lewat. Hasilnya sekolah akan meningkat prestasi muridnya.

Siapa yang dapat nama? Biasanya pengetua. Pada hal semua idea datang dari guru biasa itu sendiri. Mereka buat kertas kerja dan jawatankuasa. Pengetua hanya tanda tangan dan berilah sikit komen.

Begitu juga dengan GPK. Semua tugas berat, guru biasalah yang buat. Mereka kurang idea dan salah satu kerja mereka meronda dan tugas ini juga boleh dilakukan kerani.

TLS JELEBU,
Negeri Sembilan

Berita harian Online: 20 Mei 2011

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon kepada menteri pelajaran.. tetapkan dg41 ke dg44 4 tahun bekerja... dan dg44 ke dg48 6 tahun bekerja... baru ada semangat bekerja.. dah la sekarang ni gaji DG 32 melebihi dg 41... huuu.. sedih dan kecewa... biarlah semua merasa..

guru lama berkata...

Pendapat Tanpa Nama di atas bahawa tugas Pengetua dan GPK mudah, kerani pun boleh buat adalah satu pendapat yang jauh tersasar, melencong jauh dan cetek pengalaman. Mungkin pendapat ini adalah luahan rasa guru baru.. hingusan tidak kenal lagi susah paya tugas Pengetua dan GPK. Apakah Tanpa nama sangka Pengetua dan GPK tidak mengajar di kelas???Mungkin di sekolahnya sahaja yang begitu. bagi kebanyakan sekolah dan seperti surat pekeliling mewajibkan Pengetua dan GPK mengajar antara 5 hingga 13 waktu seminggu. Oleh itu belajar dulu mentadbir baru tahu tinggi langit dunia mu.

Tentang peningkatan gred Pengetua dari DG48 ke DG52 dan GPK dari DG44 ke DG48 janganlah mencarut dan buat andaian. Kenaikan gred itu ada syaratnya. Tunggulah kementerian keluarkan Surat Pekeliling dan saya pasti bahawa pemberian kenaikan gred pastilah mengutamakan senioriti Pengetua dan GPK di sekolah masing-masing.

Apa hendak sedih, guru-guru sekolah rendah sudah menikmati kenaikan gaji sebanyak 25% pada 01.07.2007

Jadi adillah tu guru-guru sekolah menengah pula di berikan kenaikan

Mohar Yahya berkata...

Ini cerita dongeng ke apa? Cpj belum bertemu GPK atau Pengetua yang dilantik dalam kalangan mereka yang baru berkhidmat 10 tahun atau kurang, kalau adapun mungkin kes istimewa.Memperjuangkan hak semua guru itu sangat baik dan bagus, tetapi mempertikaikan keistimewaan bagi guru berjawatan/pentadbir seperti GPK dan Pengetua adalah pelik dan janggal.Memandangkan sudah banyak guru biasa yang mendapat gred DG 48 dan 52, amat wajar sekali GPK dan Pengetua mendapat Gred tersebut.

Tanpa Nama berkata...

oit.. apa yg melalut jauh sangat tu.. x ada pertikaian apa2 pun.. aku cuma cakap dan cadangkan aje..untuk penyelarasan semua.. kalau boleh biarlah kenaikan dg tu lebih kurang mcm PTD... kalau PTD 3 tahun sudah anjak ke 44.. cikgu2 tu boleh la anjak dlm 4 atau 5 tahun... tak lah sampai 10 tahun baru nak anjak ke 44... adoi la.. mana ada pertikaian kat sini ish..ish

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN TAK DA DUIT...HARGA MINYAK DAN MAKANAN PUN NAK NAIK ....BERSEDIALAH..
PERGI MESY & KURSUS PUN DAH TAK DIBEANRKAN CLAIM LAGI SKRG.

Tanpa Nama berkata...

guru lama melencong jauh dan cetek pengalaman,guru sekolah rendah sekarang ramai yg dah ada ijazah, mana dpt kenaikan 25% tahun 2007 tu?

Tanpa Nama berkata...

kalau x ada duit.... so... kena fikirlah penjimatan... rasanya kos pilihanraya umum dan pilihanraya kecil perlu semakan semula... banyak pembaziran dan ada yg menangguk di air keruh.... penjimatan yg berterusan dlm pendidikan akan bawa kesan buruk.. jgn pula sebelah pihak berjimat dan sebelah pihak lagi pula borossssss..

Dulu BN sekarang PAKATAN berkata...

apa gaduh-gaduh..kita undi jer Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang...Buku Jingga Pakatan Rakyat jelas memberi manfaat kepada segenap lapis rakyat....

JOM KITA UBAH

kamanuk64 berkata...

Siapa yang kata saya cetek pengalaman. Ya.sya guru lama dah tahun apa berlaku sebelum ini tau..

Sebenarnya saya tidak tujukan kepada guru-guru berijazah, saya tujukan kepada guru-guru yang tiada ijazah di sekolah rendah kerana ramai lagi yang tidak sambung belajar pada masa itu. Sekarang ini memanglah ramai guru sekolah rendah berijazah.

Mungkin kamu ni guru baru yang tak reti apa.apa. Kalau baru 2 -3 tahun kerja tu jangan dulu komen-komen.

Tanpa Nama berkata...

tuan2 kita ni penjawat awam, minta keja ngan kejaan. syukurr dah dpt keja mulia jdi cikgu..kita org sblm ni antara yg tidak bernasib baik.. zaman ssb,ssm apa pn tak dapat..kira tak adil juga... yg mengipas pengetua/gb selaalu dpt..wpun keja tak menymbang kejayaan sek. dasar kejaan/kementerian ni sentiasa mengejutkan suma org tak boleh jangka..nak puaskan hati suma org guru mmng tak dapat..biarlah pengetua n GPK naik gred..d org pn bert jga kejanya tuu..pengetua / gpk yg o ha o ha memang ada tp tak byk..nasib d orglah tepalit ngan berita baik ni.rasanya kejaan sudah kaji lebih mdalam sblm buat kenyataan..hari nasib d org...kot kot esok nasib kita pula..jalan kan ja tugas dgn baik...tidak diberi keadilan di dunia..akhirat kena ingat juga lah kan! org yg untung no komen...yg rugi ja selalu melatah..sabarrrr.

MAT PPD @JPN berkata...

Entah apa-apa ;la kerajaan ni konon nak gemberikan cikgu-cikgu. Tapai hakikat sebenarnya pegaweai-pegawai jpn, ppd yang turun ke sekolah ambil jawatan gpk ni, maklumla naik gred ke 48. Tuan menteri pelajaran Tuan Muhyidin tengok-tengokkanla perkara ni. Naik menyampah ckgu2 biasa kat sekolah. Yang naik pangkat pgwai2 jpn dgn ppd je la.

Tanpa Nama berkata...

sedikit komen untuk guru lama berkata..

di sekolah saya, semenjak dinaiikan pangkat menjadi pengetua ke sekolah saya, beliau tidak pernah pun masuk ke kelas mengajar..beliau juga menyokong tindakan pkhem yang tidak masuk mengajar ataspengetua alasan pkhem sibuk dengan urusan HEM..selepas 3 tahun pengetua dinaikkan pangkat menjadi pengetua cemerlang dg52 dan sekarang sedang menunggu dg54..pkhem baru dapat dg48..patutkah begini? siap ugut lagi kalau orang susahkan dia, dia akan susahkan orang itu..