SAYA Mohd. Faridzuan Abd. Rahman adalah pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah. Saya sedih dan dukacita kerana nama saya telah tercicir dari senarai penerima komputer notebook yang diberikan oleh pihak kerajaan pada hari Sabtu 21 Mei lalu.
Program 'Satu rumah, satu komputer' adalah sesuatu yang tepat dan amat bermakna. Sebagai pelajar, saya merasa bangga kerana Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak begitu prihatin kepada golongan pelajar miskin agar memiliki satu komputer untuk setiap satu rumah.
Malangnya saya tidak memiliki satu pun komputer di rumah dan bertambah malang lagi nama saya tercicir kerana kelewatan saya mengisi borang kepada pihak sekolah.
Saya akui akan kesilapan ini. Apa harus saya lakukan sekarang? Masih adakah peluang untuk saya memiliki komputer notebook tersebut? Bantulah saya.Utusan Malaysia Online: 31 Mei 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan