Selasa, 17 Mei 2011

Terima kasih Perdana Menteri

KUCHING 16 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili warga guru hari ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesion perguruan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengumuman mengenai nafas baru sistem kenaikan pangkat yang diumumkan hari ini membuktikan Perdana Menteri sentiasa mendengar keluhan guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk menikmati peluang berkenaan

“Kerana itulah, walaupun dalam keadaan kerajaan perlu mengawal defisit negara, Perdana Menteri masih bersedia menawarkan penambahbaikan skim perkhidmatan pendidikan dengan memberi nafas baru kepada kaedah kenaikan gred khususnya secara time-based.

“Insya Allah, dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, ramai guru akan menikmati manfaat kenaikan gred yang lebih cepat selepas ini,” katanya ketika berucap sewaktu melancarkan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha memartabatkan profesion perguruan adalah satu proses yang berterusan antaranya penambahbaikan dalam Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD).

Beliau turut menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan guru bagi melihat isu yang berkaitan dengan profesion perguruan secara lebih terperinci dan menyeluruh, serta mencari kaedah terbaik untuk terus memartabatkan kerjaya itu supaya setara dengan darjat kemuliaannya.

“Pihak Kementerian juga akan terus mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian kementerian sebelum ini,” katanya.

Utusan Malaysia Online: 17 Mei 2011

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri Menteri Pendidikan,

Pangkat bukan keutamaan kami. Yang penting, tolonglah usahakan agar bebann tugas setiap guru dikurangkan.
caranya adalah dgn menambah bilangan guru.

tingkat norma perjawatan drp 1.5/1.7 kepada 2. Bila guru bertambah, beban tugas tu dpt diagih-agihkan kpd guru2 lain.

kami tak kisah dgn kerja perkeranian, sukan, koko dsbnya. Yg penting tugas dpt dikurangkan agar semua kerja kami dpt buat sebaik mungkin.

Tanpa Nama berkata...

sekadar bertanya warga guru,
i. apakah yang dimaksudkan sebagai profesyen perguruan?
ii. adakah ianya hanya mengcakupi tugas kerja hakiki P&P shj?
iii. apakah tugas selain tugas hakiki P&P itu juga melitupi profesyen perguruan?
iv. apakah melakukan tugas hakiki profesyen perguruan sbg satu bebanan?
v. ....

- bapa prihatin, jelawat, bachok

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tau, guru2 yg selalu komplain tu sbb mereka rasa bersalah krn tak dpt memberikan tumpuan sepenunya untuk mengajar ank murid,
SEBABnya ada beban tugas lain yg diperlukan utk disiap segera.

Mereka kesian akan anak murid mereka....bukannya mengada-ngada. Sesiap yg berada dlm profesyen ini dia tahulah, yg dok kat luar emanglah tak faham-faham.

wan berkata...

pangkat mungkin hanya 10% peratus daripada pendidik yg ada di malaysia akn merasa nikmatnye...mcm mane guru2 bawahan yg teruk bekerja tnpa perhargaan..

kamanuk sokid berkata...

Dalam dunia tiada undang-undang yang paling adil hanya Tuhan sahaja yang sangat adil.

sekurang-kurangnya ada tindakan penambahbaikan dari kerajaan walaupun bukan semua orang mendapat nikmat.

keadaan ini sama juga seperti semakan gaji 2007 dimana Guru-Guru Bukan Siswazah diberi kenaikan 25% manakala Guru-Guru Siswazah hanya 15 % yang akhirnya memberikan kesan yang tidak baik kepada kumpulan siswazah kerana gaji mereka yang dahulunya lebih tinggi telah dilangkau oleh tanggagaji guru-guru bukan siswazah

Jadi, adilkan kalau kerajaan memberi kelebihan semula kepada guru-guru siwazah. Kalau tidak percaya berlaku langkauan tanggagaji ,lihat contoh pengiraan gaji berikut:


Diploma : RM3011 + 25% = RM3763.75

Siswazah: RM3115 + 15% = RM3582.25


Sedih beb bila dengar dan lihat GBS dapat kenaikan yang tinggi sedang kami nge..nge....nge!!!!!! belajar jauh-jauh tinggalkan keluarga lagi tapi akhirnya ...guru-guru yang tidak belajar universiti lagi tinggi gaji....

Jadi adilkan guru-guru sekolah menengah siswazah diberikan kelebihan kali ini....


Jangan marah.....

Tanpa Nama berkata...

KAMANUK....kali ni guru siswasazah pun tak dpt apa kecuali PK dan Pengetua shj.

Pasal gaji tu, memang 2007 tu satu kesilapan besar dlm sejarah matematik negara kita. Silap congak.
Itu kena tunggu bajet 2011. Mungkin golongan Gred 41 ke atas boleh diberi 20% dan dan gred 1-40 diberi 5% demi utk merapatkan kembali jurang perbezaan.

NAMUN begitu, Presiden CEUPECS yg kurang cerdik tu mungki tak setuju.

kamanuk sokid berkata...

Ha..ha..ha..ha.ha betul..betul saya setuju gred DG41 diberi tambahan 20% dan gred DGA29..DGA40 ..5 % baru adil

Dulu diorang ketawakan guru siswazah. Ya kali ini kita harap adalah perubahan...

Tapi CEUPECS ni lain sikit NUTP cadang lain mereka pula terjemahkan lain. Kali ini Setiausaha CEUPECS dan NUTP orang yang sama jadi kita tengohlah apa tindakan setiausaha..

Oh besar oh kalau 20%...he..he.he

Tanpa Nama berkata...

KAMANUK,
saya sokong anda semua GRED 41 ke atas diberi lebih sedikit kenaikan walaupun saya di Gred 32.

kalau saya dlm kedudukan saudara semua, saya pun marah. saya dpt merasai bagaimana anda menterjemahkan kemarahan anda semua dlm PRU yg lepas.