Selasa, 10 Mei 2011

Guru tawar tuisyen sebelum rogol pelajar

2011/05/10

KUANTAN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Seorang guru sekolah menengah di Jerantut sanggup menghubungi keluarga seorang pelajarnya dan memberitahu mahu memberi tuisyen di rumahnya di kuarters guru sebelum merogol mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Khamis lalu, guru terbabit yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak tetapi berada di Kedah, dikatakan memberi alasan ingin memberi tuisyen kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Perbuatan guru berusia 33 tahun itu terbongkar selepas mangsa berusia 15 tahun mengadu perbuatan suspek kepada guru sekolahnya sebelum membuat laporan polis kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, ketika pelajar terbabit sedang menyiapkan tugasan sekolahnya di rumah suspek, mangsa tiba-tiba dipeluk daripada belakang sebelum dirogol.

Berita Harian Online: 10 Mei 2011

6 ulasan:

Budak Trolak berkata...

Kes, kes, kes.... sekarang ni kena siasat betul2... sebab anak murid sekarang ni pun banyak ideanya, akibat keterbukaan yang dibenarkan sekarang.

Jika benar... iblis yang menyamar sebagai guru ni perlu dikenakan hukuman yang setimpal... Jangan gelar iblis tu guru atau cikgu... Ia sebenarnya iblis bertopeng guru...

m.nasir ismail berkata...

sebelum membuat sebarang ulasan dan hukuman kes ini perlu di siasat betulx supaya tidak ada pihak yang teraniaya....

pcbahar berkata...

sebagai guru jangan tunjuk rajin sangat, mengajar di luar waktu sekolah tetapi berniat serong..

Tak mengapalah kalau betul cikgu tu merogol, pasti dikenakan hukuman yang setimpal..

Tetapi kalau cikgu tu tak buat, setengah matilah cikgu tu kena dera kat balai, disuruh mengaku juga.. Perkara begini bukan tak pernah berlaku.. Dah banyak kali pun.. Jangan sekali-kali anda terjebak dengan kes polis.. Setengah mati anda dikerjakan..

Betul pendapat IlyTrolak di atas, bebudak sekarang dah advance..

So cecikgu, mengajarlah bebenar waktu sekolah, jangan cari penyakit..

Tanpa Nama berkata...

Mohon Kementerian Pendidikan mensyaratkan penganjur Kelas Tusyen perlu didaftar terlebih dahulu dgn Kementerian sebelum dibenar beroperasi.

Ibubapa perlu selidik terlebih dahulu Kelas Tusyen yang beroperasi sebelum membenarkan anak mereka belajar di kelas berkenaan.

- Bapa Prihatin, jelawat, bachok

Tanpa Nama berkata...

Siasat betul2...budak2 sekarang ni dah advance...ramai anak murid yg goda guru....kuat tak kuat jer iman di dada..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kawan mangsa tu tinggalkan dia sorang??? Kenapa pula mangsa tu tak ikut sama?? lagipun kejadian pukul 3.30ptg...dikuarter guru pula tu..kalau menjerit mesti boleh dengar...hmmm...ada kemusykilan disini...kemungkinan besar suka sama suka..jgn disebabkan bawah umur, dia gunakan kelebihan itu utk perangkap guru...siasat betul2...