PETALING JAYA 30 Mei - Kementerian Pelajaran hari ini menafikan laporan kononnya ia akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke Sarawak tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, sehingga 11 Mei tahun ini, terdapat seramai 80,382 guru yang mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sabah dan Sarawak di mana 15,641 daripada jumlah itu terdiri daripada guru yang berasal dari Semenanjung.
"Sekiranya kita hendak menghantar 80,000 orang guru dari Semenanjung ke Sarawak, siapa pula yang akan mengajar di Semenanjung?” katanya ketika ditemui selepas melancarkan pertandingan mural PLUS antara sekolah-sekolah menengah peringkat kebangsaan 2011 di sini hari ini. - Bernama
Utusan Malaysia Online: 30 Mei 2011
2 ulasan:
boleh hantar. kami memang perlukan anda. tapi hantar yang ikhlas dan ingin mengajar di sarawak. jangan tak sampai 1 tahun dah nak mohon pindah. ada yang dihantar di sarawak kerana terpaksa. dah perjanjian masuk guru macam tu. sanggup dihantar ke mana-mana saja. tapi jangan salahkan mana-mana pihak di sarawak jika tak dapat pindah.Salahkan KPM kerana hantar anda di sini. anda sepatutnya bersyukur kerana dapat posting dan mendapat rezeki di sarawak. kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan.
terima kasih KPM kerana menempatkan saya ke pedalaman sarawak, saya tidak perlu berhutang untuk kahwin dan membeli kereta, segala-galanya terlebih cukup bila bekerja di sini
Catat Ulasan