2011/05/24
BERITA baik sempena Hari Guru baru-baru ini membolehkan Penolong Kanan (GPK) dan Pengetua masing-masing menerima kenaikan pangkat Gred DG48 dan DG52.Jika sebuah sekolah menengah ada 100 guru termasuk GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum dan Pengetua, peluang guru biasa mendapat DG48 cuma tiga peratus dan DG52 hanya satu peratus. Akibatnya majoriti guru kecewa termasuk guru bukan siswazah di sekolah rendah.
Memang benar tugas Pengetua dan GPK berat kerana mereka bertanggungjawab memastikan semua bidang ditadbir dengan cekap agar perjalanan sekolah berkesan untuk menjamin kejayaan murid.
Namun, guru mendakwa tugas mereka lebih berat kerana bertanggungjawab secara langsung kepada murid dengan mengurus kelas untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan dengan berkesan.
Ada guru menuduh pihak pentadbir hanya tahu merancang, mengarah dan memantau, yang teruk melaksanakan tugas ialah guru.
Sebenarnya kedua-dua pihak sama penting. Oleh itu, jika ada berita baik, perlu dirasai semua. Kata pepatah ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.’
ZIN MARKAM,
Pontian, Johor
Berita Harian Online: 24 Mei 2011
5 ulasan:
SABARLAH WAHAI GURU....minggu hadapan kita semua kan mendapat kenaikan berkali ganda. Percayalah...
saya rasa..kenaikan minyak mungkin minggu atau bulan hadapan..jadinya kenaikan semua benda akan berkali ganda...
Tak jadi naik la pulak...kecewa
Mana ada wang kerajaan kalau bagi semua. kadang2 dalam hidup ini kita untung kadang2 rugi. jadi, sbarlah bagi yang tidak dapat tu ..sampai masa kawan-kawan akan dapatt juga tu
oi kasihan para guru yang budiman.Dah longlai semuanya hingga ruangan ini pun tak berbalas....
Catat Ulasan