2011/05/24
USAHA murni Kementerian Pelajaran untuk mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar khususnya Bumiputera adalah satu langkah terpuji. Subjek bahasa Inggeris adalah satu subjek yang cukup penting.Tanggapan bahawa bahasa Inggeris itu susah dan membosankan masih lagi menebal dalam diri pelajar yang sukar untuk diubah supaya mereka mempunyai satu minda yang positif terhadap subjek berkenaan. Selagi situasi ini tidak ditangani, maka selagi itulah permasalahan ini akan terus menjadi duri dalam daging dalam kita mencari jawapan kepada jalan penyelesaiannya.
Tetapi dalam isu bahasa Inggeris ini, kita masih lagi terikat dengan sistem peperiksaan. Peperiksaan itu menjadi kayu ukur kepada tahap penguasaan bahasa Inggeris seseorang. Lulus dengan cemerlang, maka bererti baguslah penguasaan bahasa Inggeris seseorang itu. Tanggapan ini sebenarnya sudah tidak boleh diambil kira lagi pada masa kini.
Pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah sekarang ini lebih menekankan kepada kemahiran menguasai tata bahasa, sedangkan penguasaan asas bahasa Inggeris itu sendiri masih lagi belum dapat dikuasai oleh pelajar.
Kaedah pembelajaran bahasa Inggeris perlu ditukar kepada satu bentuk pembelajaran yang baru. Pembelajarannya mestilah lebih menjurus kepada kemahiran bertutur, mendengar dan memahami pertuturan bahasa Inggeris itu sendiri.
Modul pelajaran hendaklah menekankan kepada keupayaan pelajar untuk memahami pertuturan bahasa Inggeris dan mampu untuk membalas balik pertuturan itu. Pembelajarannya hendaklah lebih kepada aktiviti perbualan seharian bagi memahirkan dan membiasakan murid untuk bertutur.
Peperiksaannya juga mestilah mengambil kira keupayaan pelajar itu dalam memahami dan berbahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus peperiksaan. Dengan cara ini, pelajar akan terdedah kepada dunia pertuturan bahasa Inggeris yang akan memberikan mereka keberanian dan keyakinan untuk bertutur.
MOHD NORHIESYAM KAMALUDIN,
Larkin, Johor
Berita Harian Online: 24 Mei 2011
1 ulasan:
Ya betul kaedah perlu ditukar.Dan, bukan itu sahaja beberapa perkara lagi patut dibuat
1. Sasaran Utama: Mestilah bermula dari tadika lagi. Biar masa tadika tu semuanya menggunakan Bahasa Inggeris. Sebabnya kebanyakan anak-anak sekarang bercakap Bahasa Melayu.Jadi soal lupa BM itu tidak timbul. Disekolah patut lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris pada peringkat umur 3tahun hingga 8 tahun
2. Masa Bahasa Inggeris: ditambah
3. Modul baru : modul lama perlu tukar atau diubah suai
4. Tambah guru bahasa inggeris
Tapi tekankan penggunaan Bahasa Inggeris ketika kanak-kanak berada di alam sekolah Tadika, tahun 1, dan Tahun 2
Bukan kita menidakkan BM disekolah tetapi sekarang ini nampak ketara sangat bahawa majoriti prlajar sekolah terutama di sekolah-sekolah kebangsaan 90% pelajar tidak boleh menguasi bahasa inggeris dengan baik.
Keadaan ini nampak ketara bagi sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman.Para penyelidik jangan buat kajian sekolah-sekolah di bandar seperti Kuala Lumpur, budaya disana sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan suasana di luar bandar di Malaysia. kebanyakan penduduk Kuala Lumpur dalam perbualan seharian sering menyelitkan bahasa Inggeris dalam pertuturan apalagi kalau orang-orang cina dan india bercakap sesama sendiri memenag 100% dalam bahasa inggeris. Tetapi sasaran sekarang ialah orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. 3 kumpulan ini yang patut diberikan keutamaan.
Jangan takut Bahasa Melatu tidak akan terhapus atau dianak tiri. Kita patut berpijak pada bumi yang nyata.
Tapi kita ni bila cerita bab-bab berkaitan Bahasa Malaysia ramai orang cepat melenting terutama PERKASA DAN PEMBELA.
Inilah kumpulan yang saya benci sangat kerana sering membuat sesuatu cadangan itu pada ruang yang sempit lagi gelap. tak terbuka langsung....Tapi bila bangsanya mundur banyak lah alasan yang tidak munasabah.
Catat Ulasan