Jumaat, 26 Mac 2010

Muhyiddin sedia bersemuka dengan NUTP

KUALA PILAH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk bersemuka dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang berbangkit.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan.

KUALA PILAH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk bersemuka dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang berbangkit.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan.

“Sebenarnya pihak Ketua Pengarah Pelajaran sudah berjumpa. Saya minta sebelum saya berjumpa, saya mahu tahu isu dan masalah atau perkara yang mereka bangkitkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan di Beting, dekat sini, semalam. Kampus UiTM di kawasan seluas 160 hektar itu adalah kampus cawangan terbaru di negara ini dan mampu menempatkan kira-kira 2,000 pelajar memulakan sesi pengajian Julai tahun lalu, menawarkan lapan program, termasuk dua di peringkat ijazah sarjana muda.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat NUTP untuk bertemu beliau bagi menyelesaikan beberapa perkara mengenai profesion perguruan termasuk bebanan tugas guru.

Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan bahawa antara perkara yang akan dibangkitkan ialah berhubung masalah beban kerja, kebajikan dan perjawatan guru.
“Ia bukanlah satu perkara yang luar biasa dan daripada laporan yang saya terima kesatuan melihat beberapa kes yang berlaku di peringkat negeri yang dibuat di peringkat sekolah.

“Antaranya mengarahkan guru datang ke sekolah lebih daripada hari biasa yang mereka katakan ini sudah menjadi beban. Kita akan mengumpul maklumat ini dan saya telah minta satu tarikh untuk mendengar apakah masalah yang mahu ditimbulkan dan bagaimana boleh menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata, ia bukan masalah nasional tapi kes yang berlaku di sesetengah tempat di sekolah tertentu.

“Apa pun kita akan ambil perhatian dan kita akan lihat cara-cara untuk mengatasinya. Jadi pertemuan ini memang saya akan tetapkan tarikhnya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, cabaran pertama UiTM untuk mengekal dan meningkatkan tahap kecemerlangan akademik bagi melahirkan graduan berkualiti tinggi.

Beliau berkata, ini bermakna tumpuan perlu diberikan kepada usaha untuk menjana modal intelektual universiti melalui pemantapan aktiviti penyelidikan, pengukuhan budaya inovasi, peningkatan mutu penulisan dan penerbitan akademik serta penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.

"Ahli akademik juga perlu digalakkan terbabit dalam penyelidikan berimpak tinggi untuk memperkaya khazanah ilmu dan meningkatkan profil universiti di peringkat serantau dan antarabangsa.

"Untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, UiTM boleh menawarkan program bukan tradisional, terutama dalam bidang sains dan teknologi yang berpotensi berkembang maju pada sama depan," katanya.

Berita Harian Online: 26 Mac 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KPD YAB TPM/MENTERI PELAJARAN,
Sukacita dimaklumkan bahawa isu beban tugas guru sebenarnya adalah isu nasional dan berlaku di semua sekolah dan bukannya sekolahn tertentu. Sekolah kurang murid(SKM) juga mengahadapi masalah yg lebih teruk begitu juga sek-sek lain.
Kami tak kisah dgn beban tugas, tetapi berharap agar JPN dan PPD tidak menyalahkan guru sekiranya prestasi peperiksaan tidak memuaskan.

FROZENinHELL berkata...

sememangnya beban guru yg menyebabkan terabaik tugas dalam kelas.. guru mengajar, kemudian melatih atlet di padang.. menjadi juruteknik komputer.. menghias kelas.. mengisi data..kalau nk senarai mmg xcukup.. seribu satu macam tugas guru.. perlu ada skop kerja yg spesifik supaya dpt fokus dlm bidang.. baru dpt naik kan prestasi murid..