MARAN 10 Okt. - Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri kelmarin menjadikan sektor pendidikan lebih bervariasi kerana membawa banyak berita gembira kepada ibu bapa, pelajar dan para pendidik sendiri selaku pelaksana dasar pendidikan negara.
Sehubungan itu, beberapa guru yang ditemui di sini berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terus mengangkat sektor pendidikan dalam pembentangan bajet berkenaan.
Yuseri Faizie Abdul Ghani, 38, berkata, pemansuhan bayaran tambahan persekolahan sebanyak RM24.50 sen bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah membuktikan transformasi kerajaan untuk membela rakyat.
''Pemansuhan bayaran tambahan persekolahan itu sangat melegakan golongan ibu bapa dan penjaga kerana mereka dapat menjimatkan perbelanjaan," katanya di sini semalam.
Bagi Hisham Sapian, 46, Bajet 2012 yang disusuli dengan dengan pelbagai insentif baru seperti kenaikan pangkat melalui time based dalam beberapa kategori sangat melegakan warga pendidik.
Katanya, langkah memendekkan tempoh layak kenaikan pangkat daripada 10 tahun ke lapan tahun seperti contoh dalam DG41 kepaad DG 44 sangat relevan dan menguntungkan golongan pendidik.
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Kamaruddin Kasim, 58, berkata, peningkatan had umur persaraan sehingga 60 tahun mampu memberi hasil yang baik kepada usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
Katanya, di samping itu, kenaikan gaji penjawat awam serta tambahan bonus setengah bulan gaji membuktikan kerajaan meletakkan golongan ini pada kedudukan istimewa.
''Ini pastinya memberi ruang kepada semua kakitangan awam untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan," ujarnya.Utusan Malaysia Online: 11 Oktober 2011
2 ulasan:
larat ke ngko orang ngajar bebudak? dia org perlu tunjuk ajar ngko orang. guru katakannn ...
kalau mampu ngko orang sign jer umur 60 thn. Gaji banyk ..
nasihat aku .. usah seksa diri.
Apa habuan bajet 2012 untuk guru-guru pencen?
Catat Ulasan