Oleh Nor Fariza Ramlan
norfariza@bharian.com.my
2011/10/25
KUALA LUMPUR: Pendekatan kreatif dan interaktif untuk mengajar Matematik yang dikongsi dalam laman blog peribadi membawa tuah kepada Muhammad Hafiz Ismail, 25 apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri (Terbaik Di Kalangan Terbaik) pada majlis penyampaian `MSC Malaysia Asia-Pacific ICT Alliance (APICTA) Awards’ di sini, sebentar tadi.Guru dari Perak itu yang berjaya menewaskan kira-kira 250 pencalonan lain, memaparkan kisah hidup hariannya mengajar Matematik di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, Sungai Siput (U) di mana rata-rata pelajar adalah Orang Asli suku kaum Temiar, menerusi laman blognya `Life through My Eyes’ (www.apistakkesah.blogspot.com.
Turut hadir Pengerusi Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC), Tan Sri Abdul Halim Ali.
Muhammad Hafiz berkata, kini semua kaedah pengajaran yang dikongsikannya dalam blog peribadi itu diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk `Life Through My Eyes: A Teachers’s Little Steps Towards Perfection’, untuk dimanfaatkan orang ramai.
Berita Harian Online: 25 Oktober 2011
5 ulasan:
betul ke laman blog dia tu...kenapa macam tak betul jer
bukan apistakkesah....tapi apistakkisah...
Tahniah orang Perak, tahniah juga SK Buyan sekolah pinggir bandaraya Kota Kinabalu yang terpinggir.
Jutawan-jutawan Malaysia, daripada buang duit ke Somalia, afrika, asia tengah lebih baik sumbangkan wang kamu ke kawasan luar bandar yang masih papa kedana
guru tu orang kedah, ngajar di perak.
Tahniah hafiz!
Catat Ulasan