Sabtu, 22 Oktober 2011

Kesan negatif tampar muka budak

2011/10/22

SAYA tergerak untuk menulis berkenaan kesan menampar muka kanak-kanak sama ada anak kita ataupun murid sekolah. Kita mungkin menganggap menampar adalah tindakan yang tidak serius dan bukanlah isu besar, malah kita sendiri pun pernah ditampar pada satu ketika dulu.

Bagaimanapun tahukah perbuatan menampar itu boleh memberi kecederaan serius terutama ke atas kanak-kanak. Dari sudut perubatan, kita mengetahui kanak-kanak mempunyai organ yang masih berkembang dalam menjalani proses tumbesaran.
Organ ini juga rapuh, mudah cedera dan berpotensi menghadapi masalah kesan negatif jangka panjang. Organ di bahagian muka seperti mata, telinga, mulut, lidah, saraf tunjang leher dan juga otak ialah organ penting yang berpotensi tercedera jika bahagian muka dan kepala dijadikan tempat membuat pukulan atau tamparan.
Jika kita membaca mengenai kesan kecederaan muka dan kepala terutama ke atas kanak-kanak yang didera, kita dapati kebanyakan kecederaan disebabkan tindakan menampar ataupun menumbuk di bahagian muka.

Orang yang menampar mungkin memakai cincin atau gelang dan kesan yang diakibatkan oleh tangan ini tentu sekali lebih serius. Apabila melakukan tamparan terutama di dalam keadaan emosi yang tidak terkawal, kita tidak dapat mengawal dan menentukan dengan tepat bahagian muka yang terkena tamparan.

Ini menyebabkan tamparan bahagian muka kadangkala boleh terkena leher, mata dan telinga. Tamparan yang kuat ke bahagian kepala boleh mencederakan tulang leher dan saraf tunjang kerana anjakan kepala yang mendadak dan cepat.

Anjakan cepat bahagian kepala ini juga boleh menggoncang otak dan ini boleh memecahkan salur darah, mengoyak selaput otak dan boleh berlaku pendarahan otak.
Pada waktu sama jika kepala terhentak ke dinding atau benda keras akibat momentum pergerakan kepala ketika ditampar, kecederaan yang berlaku boleh menjadi lebih serius dan mungkin boleh mengancam nyawa.

Jika tamparan tepat pada cuping telinga dan menutup lubang telinga, maka tekanan kuat akan disalurkan ke dalam rongga telinga dan sampai ke gegendang, gegendang telinga boleh pecah dan ini akan menyebabkan gangguan pendengaran yang kekal jika ia serius dan tidak dirawat dengan cepat.

Sebenarnya banyak lagi kesan fizikal akibat tamparan seperti lebam, bibir pecah, gigi patah dan lain-lain lagi. Apa yang penting ialah menampar bukan perbuatan yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi jika ia digunakan sebagai kaedah untuk menghukum.

Di samping kesan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak atau pelajar yang ditampar, kesan psikologi ialah salah satu akibat yang tidak kurang seriusnya.

Menampar dikatakan satu kaedah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang lebih-lebih lagi jika ia dilakukan di hadapan khalayak. Saya menyeru kepada semua pihak supaya mengelakkan diri daripada menggunakan tamparan muka sebagai kaedah menghukum.

Kesimpulannya, apabila kita menghukum terutama ke atas anak-anak atau pelajar, hukumlah dengan kaedah sesuai serta berhikmah dengan tujuan mendidik dan penuh kasih sayang supaya ia dapat menjadi pengajaran berguna dan bertujuan menjadikan mereka seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.

DR MOHD RUSHDAN MD NOOR,
Hospital Sultanah Bahiyah,
Alor Setar, Kedah

Berita Harian Online: 22 Oktober 2011

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tampar pelajar dah jadi perkara rutin guru. rutin ini jika tak dilaksanakan dlm seminggu .. tangan mulai rasa gatal pulak !
bebudak ini perlu diajar kerana mak bapak dia tak ajar dia orang .. biar kami guru yang ajar mereka!
bebudak skrg kalau buat baik dia org naik tocang kat kepala.

Tanpa Nama berkata...

Dulu-dulu cikgu kita penampar kita sebab nakal. Ok..je....TQ cikgu kerana tamparan cikgu, saya jadi manusia hari ini.......

Tanpa Nama berkata...

itu penampar jepun, skrg penampar springggg.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan topik ni berdasarkan logik apa yang di bentangkan.. tetapi, pelajar sekarang ni bukan nya serik atau malu di tampar.. hari-hari kena penampar pun perangai sama je.. inikan pula kalau nak ambik pendekatan yang ntah ape2 ntah.. kalau didikan dari rumah dah baik usah katakan penampar, tegur pun saya ingat terperlu dah.. ni dah kalau mak bapa di rumah pun tak ajar anak-anak dari kecik, pegi sekolah lagi la besar kepala.. rotan pun dah tak boleh.. cikgu yang hari-hari dok mengadap anak-anak murid kesayangan ni kekedang hilang juga pertimbangan. penampar juga hinggap pada yang berkenaan.. so isu kat sini, tak perlu tampar muka budak kalau dari rumah (dari kecik lagi) MAK BAPAK dah ajar anak anak diorang supaya tak payah kena tampar di sekolah.. BETUL tak?

Tanpa Nama berkata...

..........apabila kita menghukum terutama ke atas anak-anak atau pelajar, hukumlah dengan kaedah sesuai serta berhikmah dengan tujuan mendidik dan penuh kasih sayang supaya ia dapat menjadi pengajaran berguna dan bertujuan menjadikan mereka seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.........., DR MOHD RUSHDAN MD NOOR sepatutnya mencadangkan kepada kita cara hukuman yang patut dijalankan secara terperinci ke atas seorang pelajar yang didapati berdua-duan di dalam kelas, cadangan saya samada dinikahkan sahaja pasangan tersebut atau laporkan kepada polis yang pelajar lelaki telah mencabul kehormatan pelajar tersebut.

Tanpa Nama berkata...

dulu dan sekarang jauh berbeza...
Ingat lg masa mula-mula daftar sekolah. Ayah tarik tangan jumpa guru dan cakap pada guru "cikgu buat lah ape yg patut pada anak saya. Kalau perlu pukul, pukul lh. Asalkan anak saya ni jadi org berguna, tak langgar hukum agama, tau hormat org tua." alhamdulillah..sekarang saya dah jadi org berguna untuk masyarakat.
Tapi sekarang..bila guru tampar anak sebab melakukan kesalahan, guru pulak yg disalahkan. Serang sekolah, report polis, habis guru kena letak jawatan. Guru cuba nak betulkan anak, tapi guru disalahkan. Anak terus megah dengan kesalahannya. Sebab tu budak sekarang x tahu hormat guru..

Tanpa Nama berkata...

cikgu tampar kerana ada sebab bukan cikgu sengaja nak tampar....kesan dari cikgu tampar juga saya kini menjadi seorang doktor.....tanpa guru yang tampar saya dulu mungkin saya menjadi penyeluk saku....terima kasih cikgu, jasamu dikenang

Tanpa Nama berkata...

kenapa bile bagi penampar, guru akan kata 'salah asuhan' atau 'makbapak tak ajar'??come on la cikgu2...berapa ramai anak2 cikgu yang kononnya asuhannye betul tapi tetap ade kes di sekolah??berapa ramai lak anak2 tok imam..tok bilal..ustad2..yang pada logiknye tak sepatutnya bekelakuan xsenonoh tp ade jugak kes disiplin kat sekolah??bukan setakat yang kecik tapi sehingga sebesar-besar kes..salah asuhan jugak??padahal macam2 peringatan dan ilmu yang diberi..tapi terjerumus dengan kelakuan yang tak sepatutnya..tak dinafikan budak2 zaman sekarang memang ramai yang tersasar jauh dari menghormati insan bernama guru..tapi itulah cabaran..guru2 pun ada jugak sikap yang rasanye lebih teruk lagi dari pelajar..so salah sape??makbapak dia jugak??

isu penampar ni takkan berenti..seiapa pun kalau jadi cikgu pun mungkin akan buat bende yang sama..melayan karenah beratus pelajar..dengan bebanan tugas,itu ini,tekanan orang atasan dan tak campur lagi klu ada masalah r/tangga..tapi bayang le kalau doktor tak tahan perangai patient pehtu bagi penampor..atau pun kerani jpj, penghulu, kerani jpn, jab. agama...kalau sume bagi penampor amcam??

sepatutnya perbincangan dengan mak bapak masa pendaftaran masuk sekolah tu perlu..biar ada perdebatan pun takpe tentang isu penampar..yang penting cikgu2 pun ada la point2 yang betul2 boleh menyakinkan makbapak...so bila dah ada persetujuan sign agreement ke ape ke sekurang2nya bila isu polis, boleh le jugak fight back..(walaupun aku rase idea ni mengarut tapi tak mustahil klu try)

**salah mak bapak dulu dulu yang banyak komplen anak kena rotan ngan cikgu..bile kerajaan haram kan rotan so ape lagi cikgu nak buat??tengok aje??

Tanpa Nama berkata...

mengarut statement 'kesan dari cikgu tampar juga saya kini menjadi seorang doktor..tanpa guru yang tampar saya dulu mungkin saya menjadi penyeluk saku...'

kalau tak kena penampar pun klu dah Allah tetapkan yang lu jadi doktor,,tetap akan jadi jugak...tapi kalau Allah tetapkan lu jadi penyeluk saku.baki penerajang pun belum tentu jadi doktor..jadik tukang kebun pun ntah boleh ke idak

Tanpa Nama berkata...

Doktor yang memberi pendapat di atas adalah berdasarkan kepada kesan negatif dari sudut perubatan ke atas murid yang ditampar. Saya hairan mengapa ada pendapat di atas yang menyokong hukuman menampar. Adakah anda yang menyokong ini di kalangan guru2 yang sukar menampar murid. Jika betul, anda sebenarnya tidak layak untuk menjadi guru kerana mempertahankan sesuatu tindakan yang jelas memudharatkan.

Tanpa Nama berkata...

Menampar murid2 sebenarnya sudah menjadi lumrah yang berlaku berleluasa terutamanya di sekolah2 berasrama.Ibu bapa tidak mengetahui keadaan sebenar sebab anak2 takut untuk menceritakan keadaan sebenar. Kalau di negara2 maju, ibu bapa pasti akan mengambil tindakan mahkamah ke atas individu yang melakukan keganasan ini.Pihak kementerian pendidikan patut mengeluarkan arahan spesifik mengenai kesan hukuman ini dan mengambil tindakan ke atas guru2 serta warden2 yang ringan tangan menampar murid2. Saya menyokong pandangan penulis rencana di atas. Saya sedih membaca respon pembaca yang negatif, menampakkkan betapa rendahnya moral dan sempitnya pemikiran mereka.

Tanpa Nama berkata...

...ngam...esk ak nk g skolh...ank buah ak drjh 5 kna tampor byk kali smpi nangis2 lebam pipi...blk umah ngadu kt mak die smbl nanges2 xnk g skolh esk...sbb salah buat kje skolah....english...ak kna pegi sbb bapak die dh meninggal...ak tye ank buah ak...ad melawan ckp ckgu ke msa kna tegur salah tu??..die ckp xde...so esk ak nk tye ckgu tuu...betol x ap yg ank buah ak ctr tuu...dan ak nk dgr jwon ckgu tuuu...sekian

Tanpa Nama berkata...

Nabi saw bersabda

( رواﻳﺔ ﻟﻪ ﺑﻠﻔﻆ: ( إ ِذَا ﺿَﺮ َبَ أ َﺣ َﺪ ُﻛ ُﻢْ اﻟﺒﺨﺎري(2560) وﻣﺴﻠﻢ(2612) واﻟﻠﻔﻆ ﻟﻪ ، وﻓﻲ إ ِذَا ﻗَﺎﺗ َﻞَأ َﺣَﺪ ُﻛ ُﻢْأ َﺧَﺎهُﻓَﻠ ْﻴ َﺠْﺘ َﻨ ِﺐْ اﻟ ْﻮ َﺟ ْﻪَ ). رواه ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

ﻏَﺎﻟ ِﺒًﺎ". اﻧﺘﻬﻰ"ﺷﺮحاﻟﻨﻮوي ﻋﻠﻰﻣﺴﻠﻢ "(16/165 ﻇَﺎﻫ ِﺮﻻَ ﻳ ُﻤ ْﻜ ِﻦ ﺳَﺘ ْﺮه, و َﻣ َﺘ َﻰﺿَﺮَﺑ َﻪُﻻَ ﻳ َﺴْﻠ َﻢﻣ ِﻦْﺷَﻴ ْﻦ و َﻗ َﺪْﻳ ُﺸ َﻮ ﱢه اﻟ ْﻮ َﺟْﻪ , وَاﻟﺶﱠ ﻳ ْﻦ ﻓ ِﻴﻪِﻓَﺎﺣ ِﺶ ; و َﻷِ َن ﱠهُﺑ َﺎر ِز اﻹْ ِد ْرَاك ﺑ ِﻬَﺎ ;ﻓ َﻘ َﺪْﻳُﺒ ْﻄِﻠﻬَﺎﺿَﺮ ْب اﻟ ْﻮ َﺟ ْﻪ, و َﻗ َﺪْﻳُﻨ ْﻘ ِﺼُﻬَﺎ, ﻳ َﺠْﻤ َﻊاﻟ ْﻤ َﺤَﺎﺳ ِﻦ, وَأ َﻋ ْﻀَﺎؤ ُهُﻧ َﻔ ِﻴﺴَﺔ ﻟ َﻄِﻴﻔ َﺔ , وَأ َﻛ ْﺜ َﺮ ﻫ َﺬَا ﺗ َﺼْﺮ ِﻳﺢ ﺑ ِﺎﻟﻦ ﱠﻫ ْﻲِ ﻋ َﻦْﺿَﺮ ْب اﻟ ْﻮ َﺟ ْﻪ; ﻷِ َن ﱠهُﻟ َﻄِﻴﻒ) . Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan. 2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai. 3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata. 4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat. 5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas. Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:

ْ183 ﺗ َﻌ ْﺰ ِﻳﺮ ، أ َوْﺗ َﺄ ْد ِﻳﺐ ". اﻧﺘﻬﻰ ﻣﻦﻓﺘﺢ اﻟﺒﺎري(/5 وَﻳ َﺪ ْﺧ ُﻞُﻓ ِﻲ اﻟﻦ ﱠﻫ ْﻲِ ﻛ ُﻞّﻣ َﻦْﺿُﺮ ِبَ ﻓ ِﻲ ﺣ َﺪّ، أ َو)" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" ﻏﻴﺮه". اﻧﺘﻬﻰ"ﺳﺒﻞ اﻟﺴﻼم"(1/236 وﻫﺬا اﻟﻨﻬﻲ ﻋﺎم ﻟﻜﻞ ﺿﺮب وﻟﻄﻢ ﻣﻦ ﺗﺄدﻳﺐ أو). " Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

mungkin guru guru yg suka menampar ni adalah guru guru yang dulunya pemain bola tampar kot...

Siti berkata...

Saya mohon semua guru usah menggunakan pendekatan melempang dalam menghadapi masa disiplin budak sebab kalau dengan cara itu boleh mendatangkan kecacatan kekal adalah sama sekali tidak adil kepada budak itu. Walau sebesar mana pun kesalahan mereka.

Saya ada lima anak, semuanya masih bersekolah. Tiap kali saya berhubung dengan guru mereka tiap kali tulah juga saya akan mohon guru itu rotan anak saya kalau mereka buat salah atau biadap dengan guru.

. berkata...

Meh sini aku tampar muka anak mu biar cacat seumur hidup sampai mampos

Unknown berkata...

Rasanye merotan lebih baik dari menampar...

Unknown berkata...

Merotan lebih baik dari menampar sebab takde orang buat merotan pada muka

Tanpa Nama berkata...

Perghh tampar anak org sesuka hati ko je .. xguna la ko jd cikgu baik ko ddk rumah tampar anak ko dlu xde anak ko tampar je bni ko