UNTUK memberi keadilan kepada penjawat awam yang akan bersara wajib cukup umur 58 tahun pada bulan November dan Disember ini diharap sangatlah mereka ini dapat diserapkan juga ke dalam skim pencen wajib umur 60 tahun.
Diharap kelonggaran ini dapat diambil perhatian sewajarnya ataupun setidak-tidaknya dikhaskan untuk mereka yang benar-benar layak seperti pegawai di bidang kritikal dan profesional yang masih mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu seperti doktor, jurutera dan profesional yang lain.
Begitu juga guru-guru matematik dan bahasa Inggeris umpamanya.
Saya rasa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tiada halangan jika diberikan lampu hijau untuk melaksanakan kewajaran untuk menyerapkan beberapa kakitangan awam yang akan bersara wajib pada bulan November 2011 dan juga bulan Disember 2011 diberikan peluang untuk menyambungkan perkhidmatan selama dua tahun lagi kerana faktor sebulan dua sahaja lagi untuk layak ke skim bersara wajib umur 60 tahun itu.Utusan Malaysia Online: 14 Oktober 2011
5 ulasan:
Sudah-sudahlah tu...masa utk lebihkan beribadat pulak.....carilah pulak bekalan akhirat...
Habis kalau umur 58 anak-anak kecil lagi masih sekolah atau belajar U..hutang ada banyak lagi..lebih baik cikgu ni sambung ke 60 tahun. Dapatlah ringankan beban sikit.
tengok dulu pekeliling SBPA .. ada bnyk syarat dan implikasi .. renung2kan.
Kesian anak bangsa Malaysia yg masih/sedang menunggu giliran utk berkhidmat dlm profesyen Guru.
Statistik terkini, guru di malaysia berjumlah 400,000.00 orang.
cikgu saja ke yang ada utang banyak, ada anak kecil di usia 58?
Sebenarnya yg nak 60 thn ialah Presiden CEUPECS..
Catat Ulasan