SAYA merupakan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah mencurahkan khidmat bakti sama seperti guru terlatih. Kami tidak terkecuali dalam melaksanakan tugas sama ada daripada segi kurikulum dan kokurikulum.
Malah kami juga dicerap atau dipantau oleh pihak pentadbir mahu pun pegawai pelajaran peringkat negeri.
GSTT juga tidak dibezakan oleh pihak pentadbir. Maksudnya apabila saya menerima tawaran sebagai GSTT, bermakna tanggungjawab dan amanah yang dipikul adalah besar dan tiada bezanya seperti guru tetap.
Pendek kata, segala program yang diatur oleh pihak sekolah, GSTT juga bertanggungjawab dalam melaksanakan program berkenaan.
Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 8 Mac lalu, seolah-olah memberi nafas kepada GSTT sehinggakan keesokan harinya terpampang di dada akhbar dan di kaca televisyen mengenai berita gembira untuk para GSTT.
Namun sehingga kini masih belum diketahui status sebenar kenyataan beliau.
Rata-rata masyarakat setempat umumnya mengandaikan bahawa kami bekas GSTT seolah-olah akan mendapat tawaran mengajar kembali setelah mendengar pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran.
Hakikatnya, hingga kini status pengumuman berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya kepada bekas GSTT.
Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar persoalan tersebut dapat dirungkaikan.
Saya juga amat mengharapkan agar Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran memberi peluang kepada bekas GSTT untuk menyambung kembali perkhidmatan kerana rata-rata GSTT telah berkhidmat lebih dari setahun dan telah mempunyai pengalaman.
Beri kami peluang untuk mencurahkan khidmat bakti kepada anak bangsa.Utusan Malaysia Online: 31 Mei 2011
8 ulasan:
Pengumuman GSTT dilantik semula hanya pengumuman guruan dan menarik mainat para GSTT. Hakikatnya sampai sekrang tiada kesudahannya...
Pendek cerita ...
PEMGUMUMAN TEMBERANG & BOHONG
Minta maaf ..kerabat TPM..tapi ini kenyataan yang bukan bohong, bukan main-main.
Kalau pengumuman Tan Sri Muhyddin Yusin selaku Menteri Pelajaran dihadapan umum jangan terima bulat-bulat dulu kalau belum ada hitam putihnya
Buktinya:
1. Dia umumkan semua GSTT di Sabah dan Sarawak dilantik semula tapi hakikatnya sampai sekrang ini surat pun belum diterima..BOHONG...1
2. Dia umumkan dan lancarkan tapak bangunan SMK. Bandau semasa berucap diSMK Tandek pada tahun 2010.." sudah diluluskan ..bla..bla..." keluar TV semua dan satu Malaysia tahu ..Tapi hakikatnya "datang surat dukacita "bahawa pembinaan bangunan tersebut ditarik balik sebaliknya tapak bangunan SMK Langkon pula yang diluluskan..namun sampai sekrang satu jentera pun belum ada ...BOHONG 2.....
Bohong yang seterusnya tuan-tuanlah tahu ....
Inilah hakikatnya bila orang politik yang bercakap ..selalu terlebih kuah...
tu la dia kena tulah agaknya, selalu tuduh org lain pembohong sampai sendiri mengidap penyakit bohong tu. aku ingat betul la GSTT Sabah untung semuanya.
kerajaan tiada bajet... PEMBOHONG BESAR.. bagi harapan dan janji yg x boleh ditunaikan... the end
SIAL
Kesudahan Nasib Guru GSTT mereka jadi penganggur ..jadi bingung..jadi benci ..jadi pemarah ..
KERANA JAANJI KERAJAAN ..BOHONG BELAKA
wtf, jangan bagi janji yang tidak boleh ditunaikan gara-gara mulut bercakap omong kosong ramai majikan tidak mahu mengambil gstt bekerja sementara mahupun ke jawatan tetap.. kerana mereka percaya bulat-bulat masa depan gstt akan terjamin dengan cerah bercahaya pada masa hadapan.. shittt...
betullah...dah bnyk interview...tp satu xdpt..mgkin title GSTT ni kononnya janji kerajaan nak serap berjaya memberi kepercayaan majikan2 di luar sana. jadi dorg amik keputusan xperlu ambil golongan ini. adilkan kami ini diadili begini?bagaimana dgn nasib kami. bukan kami tidak berusaha mencari keje lain tetapi salahnya kami ini adlah bertitle GSTT? sedih bila janji tidak ditepati..dan teramat sedih bila terkenangkan nasib ini..dan teramat2 sedih bila diri ini rasa alat gurauan mereka....=`[
Catat Ulasan