SAYA mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya memberikan biasiswa kepada guru-guru yang terpilih di bawah skim cuti belajar tanpa biasiswa sebagaimana yang diperoleh oleh rakan-rakan kami sebelum ini.
Skim ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 . Adalah menjadi aspirasi kami guru-guru untuk memantapkan pengetahuan untuk kerjaya tercinta. Namun kami juga memerlukan kemudahan dalam bentuk bantuan kewangan (biasiswa) untuk memastikan kesempurnaan dalam pengajian.
Bantuan yang dipohon bukanlah terlalu besar rasanya untuk dipenuhi oleh pihak kementerian. Golongan yang mendapat cuti belajar tanpa biasiswa pun bukanlah begitu signifikan jumlahnya.
Kami akur dengan kelewatan kenaikan pangkat di kalangan guru-guru. Namun sekurang-kurangnya berilah sedikit keistimewaan semasa melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kepada kami. Kami juga penjawat awam yang memberi sumbangan kepada anak bangsa.
Pada hemat saya adalah tidak adil untuk memperkenalkan skim cuti belajar tanpa biasiswa kepada pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah, sedangkan biasiswa kepada perkhidmatan di peringkat pengurusan dan profesional yang lain adalah kekal seperti lazimnya.
Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar rayuan saya didengari dan dipertimbangkan sewajarnya. Letakkan diri tuan/puan yang menguruskan cuti belajar ini di tempat saya dan mungkin tuan/puan akan memahami peritnya.Utusan Malaysia Online: 11 Mei 2011
3 ulasan:
Kurang jelas apa maksud cukgu ni. Sesiapa boleh explain dlm ayat yg lebih mudah?
Apa lagi mau minta biasiswa. Biasiswa hanya layak diterima oleh pelajar yang tiada kemampuan kewangan, orang kampung yang miskin. Ini ada gaji minta biasiswa lagi. Tamaha/gelojoh....sungguh. Kalau pelajaran tu baik sungguh tape juga ..tapi ini asyik-asyik zerok kerja orang ada pula niat minta biasiswa.
ada guru mengikuti kursus peningkatan kemahiran utk memberikan khidmat yg lebih baik dan sebagai memenuhi hasrat negara utk menuju negara maju..mereka ni masih menanggung beban kewangan seperti bayaran rumah,kereta dan perbelanjaan keluarga, dlm masa yg sama mereka juga terpaksa menanggung kos sewa rumah tempat belajar, belanja diri dan kos pengangkutan, perbelanjaan mereka menjadi dua kali ganda dari kebiasaannya..jadi dgn adanya biasiswa sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka untuk belajar...
Catat Ulasan