Sabtu, 14 Mei 2011

Guru syor gaji, elaun kakitangan awam diselaras

2011/05/14

HARI Guru akan disambut dua hari lagi. Sebagai guru, saya terpanggil untuk meluahkan rasa hati berikutan beberapa isu yang hangat diperkatakan dewasa ini membabitkan kakitangan awam termasuk guru iaitu gaji dan elaun.

Berita baik yang ditunggu semua kakitangan awam berikutan tuntutan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi penyelarasan gaji dan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) serta Elaun Tetap Perumahan (ITP) sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

Saya ingin mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan, CUEPACS dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru.

Pertama, COLA dan ITP diselaraskan kepada semua kakitangan awam tanpa mengira gred gaji.

Kedua, perbezaan gred gaji antara kakitangan awam hanya berdasarkan gaji pokok dan Elaun Tetap Khidmat Awam (ITKA). Pada situasi ini, gaji pokok kakitangan awam pengurusan dan profesional (gred 41 dan ke atas) mesti lebih tinggi daripada lepasan diploma (gred 40 ke bawah).

Ketiga, semua gred gaji dan elaun di setiap kementerian diselaraskan. Sebagai contoh, gred gaji kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Pelajaran bermula daripada gred 1 hingga 40 sedangkan gred gaji bagi kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Kesihatan bermula daripada gred 1 hingga 42.

Begitu juga dengan Elaun Kritikal bagi Kementerian Pelajaran antara lima dan 10 peratus daripada gaji pokok sedangkan bagi kakitangan awam Kementerian Kesihatan mencecah 15 peratus.
Keempat, tempoh kenaikan pangkat kakitangan awam Kementerian Pelajaran amat panjang. Kenaikan daripada gred DG41 ke gred DG44 guru mengambil masa 10 tahun, sedangkan di kementerian lain antara tiga hingga tujuh tahun saja.

Ada yang menyatakan perkara ini berlaku kerana guru terlalu ramai berbanding kakitangan kementerian lain. Ada perbezaan gaji sangat ketara antara kami walaupun tempoh perkhidmatan sama.

Kami berasakan guru antara golongan paling teraniaya antara kementerian dengan 1,001 tugas, serta keputusan Jawatankuasa Mengkaji Beban Tugas Guru yang belum diumumkan walaupun sudah hampir setahun berlalu.

Guru memang tepat diibaratkan seperti lilin yang menerangi kehidupan orang lain. Semoga Hari Guru 2011 ini membawa sinar ‘lilin’ yang bercahaya kepada semua kakitangan awam terutama guru. Selamat Hari Guru.

SINARAN LILIN,
Tanjung Malim, Perak

Berita Harian Online: 14 Mei 2011

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SKIM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERLUKAN SATU TRANSFORMASI BESAR-BESARAN>.

AYUH...JOM KITA MENGUBAHNYA.

Tanpa Nama berkata...

JANJI HARI GURU THN LEPAS PUN BELUM DILAKSANA, HARAP JANJI THN NI DPT DILAKSANAKAN KPM.
PRU dah dekat ni....

morris berkata...

Saya hanya ada satu permintaan
1. Kembalikan tangga gaji guru-guru siswazah yang dilangkau oleh guru-guru bukan siswazah akibat Sistem Pelarasan Gaji pada 01.07.2007.Akibat daripada kesan tersebut guru-guru siswazah yang kembali dari belajar sepenuh masa di universiti sekitar tahun 1997-2006 rasa terhina dan tertekan kerana pengorbanaan mereka hingga sanggup meninggalkan keluarga sia-sia dan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan guru-guru bukan siswazah DGA29(vet), DGA32 dan DGA34 yang menerima habuan kenaikan gaji antara RM300 - RM500.00. Ini tidak termasuk EPW, EHS, EP.

Tanpa Nama berkata...

morris...saya bersetuju dgn pendpt anda walaupun saya tidak menjadi mangsa seperti anda.

Sebenarnya gaji kenaikan berbeza-beza pd thn 2007 adlh satu kesilapan mencongak dlm matematik.

Yg di atas tu ingat, lagi tinggi gred, lagi besar gaji. Dia tak sedar ada 2-3 baris gaji. Akibatnya ramai guru Siswazah menjadi mangsa. Saya tahu ramai yg protes dlm diam. Isu ini perlu diselesaikan sebelum PRU ke 13 ini.

HAKIKATNYA,perkhidmatan pendidikan mesti dirombak secara besar-besaran.

Kita tunggulah apa pengumuman Menteri pelajaran esok...

Tanpa Nama berkata...

HAMPEH

Tanpa Nama berkata...

saya sokong cdagan utk selaraskan gaji dan elaun utk suma kakitgn awam megikut gred..suma kakitgn kejaan penting utk bangsa dn negara..tp kena ingat semuanya bermula dari seorg yg bernama cikgu/guru.cuma yg sedihnya bila jumpa bekas anak murid, keja jbtn lain..tnaya gred gaji sdh setaraf dg44...tpi cikgu ni masih menunggu cukup haul 10th..yg masih lg kurang 2th utk dg44..kesian! tpi tidak apa demi negara..teruskan jadi pendidik. mcm mana pn minta kejaan beri perhatian jga lah.