Selasa, 17 Mei 2011

Insentif GPK pengiktirafan tertinggi

2011/05/17

KUALA LUMPUR: Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) menyifatkan insentif kepada pengetua dan guru penolong kanan (GPK) sekolah menengah sebagai pengiktirafan tinggi kepada profesion berkenaan.

Yang Dipertuanya, Mohd Khailani Abdul Jalil, insentif itu mampu memberi galakan dan menarik minat guru untuk menerima tugasan pentadbiran yang sebelum ini dikatakan dibebani dengan pelbagai tugasan termasuk mengajar di kelas.

“Insentif ini mampu membuka banyak ruang untuk kenaikan pangkat kepada guru yang berminat dengan tugas pentadbiran.

“Pengetua juga mampu mencapai gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun jika memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan. Mereka juga akan layak menerima Gred Khas C,” katanya.

Mohd Khailani menganggap insentif berkuat kuasa mulai 1 Januari depan itu sebagai bonus kepada MPSM dan penghargaan kerajaan kepada jasa guru.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohd Sabri Mohd Arsad berpendapat kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) mampu menarik minat graduan institusi pengajian tinggi untuk berkhidmat dalam profesion perguruan, khususnya dalam bidang vokasional dan teknik yang kini diberi tumpuan oleh kerajaan.

Beliau berkata, selain mampu menaikkan semangat guru untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang, pengumuman dijangka dapat melahirkan guru yang pakar dalam pendidikan, sekali gus berupaya memperkasakan dan menjayakan transformasi pendidikan.

Berita Harian Online: 17 Mei 2011

6 ulasan:

guru lama berkata...

Betul insenrif GPK satu pengiktirafan tertinggi tapi harus ada syarat yang menguntung semua pihak khususnya dari segi
1. pemberian mata gaji kena mengambil kira senioriti DG44 GPK kerana ada GPK telah dilantik secara hakiki tahun 2005,2006,2008,2009 dan 2010.Adalah tidak adil jika semua GPK layak secara automatik tanpa syarat terus dilantik ke Gred DG48. Khususnya bagi GPK yang baru dilantik DG44 tahun 2010.

2. Cara perlantikan harus dilakukan secara sistematik berdasarkan tempoh berada di DG44. Mungkin dengan mengenakan syarat boleh mengatasi masalah senioriti GPK

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu pekeliling...kita tgk depa nk belit macam mana plak

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!!! bagus juge kenaikan ini untuk GPK sekolah menengah....ok le tu... tapi lagi bagus kalau GPK sekolah rendah merasa juge ... beban tugas sama je ... tapi bagus lagi kalau semua guru merasa...harap ada pertimbangan dari pihak kerajaan di masa depan...

guru lama berkata...

Sepatutnya semua GPK menengah dan rendah dapat nikmat hadiah kerajaan. Saya simpati dengan GPK sekolah rendah..

Tanyalah diri sendiri adalah ini satu yang adil?????

kamanuk berkata...

Adil atau tidak hak menteri dan kerajaan. Kerajaan tak boleh memberi sekali gus kena buat secara berperingkat.... BUDGET ..geng.

GPK sekolah rendah sabar..pasti ada maksudnya.

Kerajaan tetap adil bagi semua orang

Tanpa Nama berkata...

Maaf cikgu-cikgu....skrg ni PORSES MERASIONALISASIKAN SUBSIDI. Makanya subsidi akan dikurangkan. Duit negara dah berkurangan