Sabtu, 14 Mei 2011

Pengetua patut profesional timbang pertukaran guru

2011/05/14

SABAN tahun, ramai guru mengemukakan permohonan pertukaran atas alasan tertentu. Alasan ini kadangkala tidak dapat dielakkan seperti cukup tempoh perkhidmatan, berkahwin, mengikut suami atau isteri dan sakit kronik. Namun, ada juga alasan yang pada hakikatnya wajar diberikan pertimbangan serius seperti menjaga ibu bapa yang tua dan uzur, selain ingin memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Kita tidak dapat menafikan, pengetua selaku ketua jabatan dan majikan berhak menyokong atau tidak permohonan itu. Pengetua juga perlu profesional membuat pertimbangan.

Ada guru tidak gembira dengan persekitaran sekolah. Masalah kelemahan pentadbiran, sistem senioriti antara guru baru dan lama, disiplin pelajar atau persekitaran yang tidak rasi dengan jiwa mereka menyebabkan guru yang kebanyakannya baru bertugas, mengambil keputusan mengemukakan permohonan pertukaran sekolah. Bayangkan, mereka menjejakkan kaki ke sekolah ketika penempatan pertama dengan semangat berkobar-kobar untuk mengajar dan mendidik anak bangsa, namun permasalahan di atas ternyata membunuh keazaman, iltizam, bakat dan semangat dalam sekelip mata. Ini kerugian kepada semua pihak.

Kita harus melihat situasi ini secara holistik. Jika pertukaran itu mampu memberikan impak kepada pelajar, guru dan sistem pendidikan seperti lebih bersemangat untuk mengajar, meningkatkan mutu perkhidmatan dan semangat di sekolah yang baru, mengapa tidak menyokong permohonan itu? Bukankah ia lebih baik kerana apabila guru mengemukakan permohonan pertukaran, bermakna ada kekangan memberi khidmat terbaik.

Soal pertukaran diluluskan atau tidak, bergantung kepada Kementerian Pelajaran yang mempunyai formasi profesional dalam mengurus penempatan guru. Jelasnya, pengetua perlu profesional dan tidak menyeksa guru dengan menolak permohonan pertukaran meskipun alasannya kukuh dan relevan.

GURU HOLISTIK,
Kuala Lumpur

Berita Harian Online: 14 Mei 2011

2 ulasan:

Sha berkata...

Saya setuju..saya salah seorang guru yang tidak diluluskan berpindah mengikut suami walaupun sedang hamil. =(

ADMIN berkata...

SALAM…. TERLEBIH DAHULU SY UCAPKAN TIMA KASIH KERANA DIBERI PELUANG COMMENT DI SINI.. SAYA SUDAH MENGAJAR DI SARAWAK DARI TAHUN 2007.. DARI BUJANG SAMPAI KAWIN DAN BERANAK 2, SAYA TETAP MAINTAIN MINTA TUKAR.TAPI TIDAK PERNAH DILULUSKAN.. SEMUA KAWAN-KAWAN YANG SAMA BATCH POSTING DI SINI, BUJANG @ KAWIN SUDAH DAPAT TUKAR KE SMNJNG. PALING RAMAI YANG DAPAT TUKAR ADALAH KE PERAK.. SEDANGKAN SAYA PON MINTAK KE PERAK. SAYA ADA MENYEDIAKAN LAMPIRAN LAPORAN PERUBATAN, LAPORAN POLIS SKALI. TAPI TAK PERNAH DAPAT. APA BEZA SAYA DENGAN CIKGU YANG BUJAUNG @ KAWIN BARU POSTING 1 DAN 2 TAHUN DAH BOLEH PINDAH… DI MANAKAH KEADILAN PIHAK KPM DAN KERAJAAN DALAM SOAL INI? SAYA PON ADA ORANG TUA YANG SUDAH TUNGGU MASA SAJE KATE ORANG.. JANGAN MARAHKAN RAKYAT KALO ADA YANG MULA MENYOKONG PARTI YANG LAGI SATU.. MINTAK PIHAK KPM ATAU WAKIL BERI RESPON… 0139292852