SIBU 24 Mei - Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan kebimbangan terhadap laporan bahawa Kementerian Pelajaran akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke negeri ini tahun depan.
Presidennya, Datuk Dr. James Jemut Masing berkata, mereka terutamanya bimbang kerana di kalangan kumpulan itu, sejumlah besar akan terdiri daripada guru agama.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan pra-perayaan Gawai Dayak anjuran Sayap Wanita PRS Bukit Assek di sini malam tadi, beliau berkata, “Mereka (guru-guru agama) itu tidak dilihat sebagai ustaz atau ustazah tetapi sebagai kaunselor bagi “perkara yang saya tidak pasti”.
Hal ini membimbangkan dalam erti bahawa jika mereka sebenarnya sebagaimana dikatakan, kecenderungan untuk mengajar tidak ada tetapi lebih kepada melihat aspek-aspek agama, dakwa beliau.
"Di sinilah mungkin timbul implikasi berlainan,” katanya.
"Saya harap saya salah. Saya senang hati jika saya salah,” tambahnya.
Sarawak, mengikut Masing, selama ini begitu aman dan liberal dalam banyak hal termasuk agama. - Bernama
Utusan Malaysia Online: 24 Mei 2011
7 ulasan:
Perlukah datang 80 000 orang ke Sarawak????Tak adake seorang pun orang Sarawak???
????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????Hairan???????
Pihak yang nak menghantar 80 0000 orang ke Sarawak patut fikir kepentingan orang2 Sarawak. Kalau yang dihantar tu buat kacau je baik jangan hantar kerana Sarawak tu walau siapa pun mereka sama ada Islam, Kristian atau pagan sekali pun tp bab-bab menghina dan merendah2kan bangsa mereka tetap bersatu..
Jangan cari nahas
apehal ler cikgu borneo ni, takut bayang-bayang sendiri.....
Mungkin yang bakal dihantar itu akan menggantikan guru-guru lama yang telah bertahun-tahun berkhidmat di sarawak. Tolak campur..sama juga bilangannya nanti.. Bersyukurla kalau KPM nak buat macam tu..lagipun kalau diberi pilihan, rasanya tiada guru dari semenanjung yang mahu ditempatkan di sarawak..semua mahu ditempatkan di tempat asal kelahiran mereka. Tidak timbul soal kaum atau agama..yang penting niat..
cikgu borneo ni dah jadi bodoh agaknya. kau ingat 80 ribu tu sikit ke? dah suku (1/4) dari jumlah semua guru semnanjung ni. ni semua nak raih sokongan politik semata2, yang kau pergi menari ikut rentak org politik tu nak buat apa?
kau nak ugut siapa? elok kau jgn datang semenanjung sebab kau ni perkauman, malang sekali ada guru mcm kau ni wujud.
boleh hantar. kami memang perlukan anda. tapi hantar yang ikhlas dan ingin mengajar di sarawak. jangan tak sampai 1 tahun dah nak mohon pindah. ada yang dihantar di sarawak kerana terpaksa. dah perjanjian masuk guru macam tu. sanggup dihantar ke mana-mana saja. tapi jangan salahkan mana-mana pihak di sarawak jika tak dapat pindah.Salahkan KPM kerana hantar anda di sini. anda sepatutnya bersyukur kerana dapat posting dan mendapat rezeki di sarawak. kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan.
Saya bekerja dalam sektor perladangan di Sarawak. Kebanyakan orang2 pendalaman di Sarawak ni tak boleh diharap, malas dan tidak suka persaingan sihat..satu hari mungkin mereka akan digantikan dengan orang2 Indon seperti Tawau.
Catat Ulasan