Selasa, 20 September 2011

Usah perlekeh tugas, tanggungjawab guru prasekolah

2011/09/20

PADA hemat saya, kerjaya guru prasekolah amat mulia tetapi meletihkan kerana terlalu banyak beban kerja di luar tugasan wajib guru. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu seperti:

  • Program Berbintang anjuran PPD/JPN Kelantan mengguna pakai instrumen yang agak mengelirukan. Contoh: 10 markah untuk ‘tanggapan awal’. Bangunan yang dijadikan kelas prasekolah kurang sesuai.
  • Cara pemantauan yang dilakukan mentor (lantikan PPD) amat memualkan. Mentor dengan angkuh memberi komen/kritikan negatif.
  • Guru prasekolah terlalu dibebani pelbagai tugasan hingga tidak ada masa untuk berehat dari jam 7.00 pagi hingga jam 1.15 petang. Kadang-kala kerja sekolah dibawa ke rumah untuk diselesaikan.

  • Guru prasekolah juga perlu memastikan kelas dalam keadaan cukup kemas dan ceria - Guru terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyiapkan satu-satu aktiviti yang dijalankan.

  • Tiada imbuhan yang diberikan walaupun guru prasekolah mengajar semua subjek terutama Bahasa Inggeris (Pendidikan Agama Islam diajar oleh ustaz/ustazah)

  • Pelbagai aktiviti yang terpaksa disertai/dijalankan pada peringkat kelas, sekolah, zon, daerah dan negeri.
  • JU (Jurulatih Utama) terpaksa akur arahan PPD/JPN meskipun terlalu kerap meninggalkan kelas/anak didik kepada PPM (Pembantu Pengurusan Murid)

  • Kami mohon agar pihak tertentu jangan meremehkan kerja seorang guru prasekolah.

    Walaupun pada pandangan luaran ia amat mudah untuk dilaksanakan, namun hakikatnya, tugas serta tanggungjawab yang kami laksanakan adalah amat besar dan perit.

    SAL78,
    Pasir Mas, Kelantan.

  • Berita Harian Online: 20 September 2011

    2 ulasan:

    guru Batu Pahat berkata...

    setuju. guru prasekolah selalu diperlekeh. saya pernah mengajar prasekolah sebelum mengajar kelas UPSR sekarang ni, tetapi sibuknya semasa di pra adalah lebih berbanding mengajar murid UPSR. Nak layan karena murid pun guru biasa lain x sanggup, apatah lagi tiada rehat langsung dari awal pagi sehingga tamat, berbeza dengan guru biasa yang kadang2 sehari hanya mengajar 1-2 jam sahaja.

    Tanpa Nama berkata...

    saya sokong...kadang2 rasa pelik bila ada org kate.."cikgu pra je?" ...Cubalah masuk kelas...ajar 1 minggu...rasalah penangan mengajar prasekolah..lebih2 lagi kalau dpt anak murid yang paling maksimum 25 orang tu...