Isnin, 13 Februari 2012

15,000 guru berijazah belum naik gred G41

Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my
2012/02/13

Terpaksa tanggung beban bayaran pinjaman pendidikan

SEREMBAN: Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred G41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum ini.
Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan. - Lok Yim Pheng, Setiausaha Agung NUTP
Katanya, berikutan penangguhan itu, sebahagian guru terbabit kini menanggung masalah kewangan termasuk untuk membayar semula pinjaman pendidikan kerana gaji diterima masih di takuk lama.

“Mereka membuat perancangan rapi terutama membabitkan soal kewangan sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran kerana kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai banyak komitmen.

“Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan.

“Namun, proses kenaikan gred itu kini digantung dan kami tidak tahu sampai bila,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Yim Pheng berkata, sebelum ini, proses kenaikan gred selepas seseorang calon melepasi temu duga biasanya mengambil masa kurang setahun untuk berkuat kuasa tetapi penangguhan itu turut menjejaskan tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat.

Justeru, beliau berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelajaran menyegerakan proses berkenaan kerana jumlah guru yang tamat pengajian ijazah semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Yim Pheng meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dan empat yang layak menikmati anjakan gaji menikmatinya, walaupun tempoh sah penilaian itu tamat tahun ini berikutan pemansuhannya.

Beliau berkata, kebanyakan guru terbabit belum cukup syarat tempoh perkhidmatan dan hak mereka dinafikan kerana tempoh sah penilaian itu tamat sebelum mereka mencukupkan syarat berkenaan.

“Tidak adil bagi guru terbabit yang berusaha lulus PTK dan ketika menunggu masa untuk menikmati anjakan gaji, tiba-tiba kelulusan PTK mereka tidak boleh digunakan dan terpaksa menduduki penilaian baru,” katanya.

Berita Harian Online: 13 Februari 2012

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah salah seorang yang termasuk dalam kategori 15 ribu orang ini. Menyambung pelajaran kerana dua faktor:1)Menyahut seruan KPM untuk mensiswazahkan guru menuju negara maju. 2)Menambahkan pendapatan keluarga dengan kos sarahidup yang meningkat.

Malangnya dasar yang tidak seimbang dengan kehendak telah menyebabkan kami menjadi mangsa. Walaupun telah ditemuduga dan dah luluspun kami tersangkut kerana arahan "ditangguh kerana masalah kewangan" sedangkan dalam masa yang sama kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjuta ringgit untuk pelbagai program..takkan kami yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyahut hasrat kerajaan dibiarkan.

Kekecewaan kami kepada kerajaan dan KPM amat pedih lagi bila:

1. Graduan guru yang baru posting ada yang dilantik terus ke DG41. Apakah cara baru ini untuk menunjukkan kejayaan tranformasi pendidikan sedang puluhan ribu para guru yang telah membangunkan pendidikan negara begitu sukar untuk diiktirafkan

2. Adakah KPM tiada perancangan rapi berhubungan dengan dasar pengsiswazahan guru terutama melalui program pjj hingga seolah terkeluar dari budget untuk membayar gaji guru yang telah naik gred.

3. Kami terlepas banyak peluang naik pangkat kerana berdasar pekeliling spp berhubung kuatkuasa pelantikan pjj terutama berasaskan 2 Oktober. Contohnya saya yang telah memohon online sebelum 2 Oktober 2010 dan temuduga pada Februari 2011 maka berdasrkan pekeliling itu tarikh lantikan saya ialah pada 2 Oktober 2010. Jika saya mohon GPK DGA32 sekarang dan surat pelantikan DG41 datang bertarikh 2 Oktober 2010 maka saya perlu buat pilihan. Memilih DG41 atau memilih GPK dan menolak DG41 dan mohon semula. Kami berada dalam dilema !

4. Kami dah ada sekolah dan menyandang jawatan sebagai guru cuma mahu gred kami ditingkatkan dengan usaha dan pengorbanan yang kami buat. Payah ker BPSM, SPP nak buat sedangkan kami telah lama masuk dalam data perjawatan sekolah berkenaan ?

Kita berharap TPM selaku Menteri Pelajaran meneliti masalah ini dengan serious. Janganlah kerana kami diam dan tidak bising kami dianggap cool. Banyak sangat dah guru PPLD yang dianaktirikan peluang dan haknya. Berilah kami peluang keluar dari masalah ini dengan cara yang hormat setelah mematuhi segala kehendak dan piawaiannya. Kami juga ada maruah dan harga diri. Tolonglah.

Mamat
Kelantan

Tanpa Nama berkata...

AYUH KPM...BANGUN....JGN DOK TIDUR....KALAU TAK SEDAR LAGI...TAK TAHULAH NAK CAKAP.

KALAU DAH BACA BERITA DI AKHBAR, HARAP DPT BERTINDAKJ SEGERA

guru smk berkata...

macam mana mau naik pangkat terlampau banyak janji mau bagi duit free kepada rakyat yang sebenarnya tidak perlu dan membazir sahaja.

1. Janji semua GPK di SM naik ke DG48 ...? TARA

2. Janji nak naikkan guru terlepas kenaikan pangkat...mana ?

3. Janji nak naikkan gred guru ..?


semua buat janji tapi janji pilihanraya sahaja .....

Apa punya politik ..pembohong, penipu...lidah bercabang

guru siswazah lama berkata...

satu perkara yang saya anggap lupa daratan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah apabila tidak lagi menganggap UPSI sebagai sebahagian daripada institiusi utama dalam melahirkan guru-guru yang baik dan diberi keutamaan sama seperti IPG-IPG yang lain.

Mengimbas kembali fungsi UPSI yang sebelum ini adalah sebuah maktab yang membekalkan tenaga guru utama di beri nama Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) kemudian dinaik taraf kepada Institius Perguruan Sultan Idris( IPSI) dan pada ketika itu semua urusan dan biaya adalah melalui BPG, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada ketika itu semua bakal guru yang berkursus disana mendapat elaun kursus perguruan dan semua pelatih pula akan tetap menjadi guru setelah menghabiskan tempoh kursus di sana. Tetapi malangnya, setelah dinaikkan taraf menjadi universiti semua kepentingan dan kelebihan UPSI kini telah hilang kerana tiada lagi elaun pelatih atau graduan yang berkursus disana. Pelajar-pelajar dibebankan dengan hutang PTPTN, mereka makan sendiri, bayar yuran sendiri dan yang paling sedih ialah semua bakal-bakal guru yang berkursus di UPSI tidak dijanjikan tempat sebagai guru.

Lain halnya dengan IPG-IPG yang menawarkan kursus yang sama walau pun bertaraf kolej sahaja tetapi semua bakal guru disana dapat elaun berkursus malah mereka tetap keluar sebagai guru. Tempat mereka sudah terjamin..


Satu keadaan yang tidak baik dan berat sebelah.

UPSI bukan lagi gudang pengeluar guru yang dijamin dan diutamakan walhal UPSI itu diilhamkan sebagai satu-satunya universiti yang dibangunkan untuk menyediakan pakar-pakar guru yang berwibawa.tapi sekrang kemana sudah fokus dan amanah yang dibentuk semasa penaiktarafan dari sebuah maktab perguruan menjadi universiti perguruan?????????????????????????????????????????????????


hilang, rebah, dan binasa ........oleh kerakusan Kementerian Pelajaran Malaysia ..................................

Tanpa Nama berkata...

Kita harap blog ini bukan sekadar catatan dairi tapi WAJIB dilihat dan dibaca oleh Menteri dan Orang-orang Besar KPM.

Lihat suara hati guru
http://pendidikmy.net/2011/10/30/lantikan-dg41-guru-pjj-dibeku/

Tanpa Nama berkata...

Nampak nya TPM/M.Pelajaran dah respon dah.... bagus lah tu. Inilah masanya kita bersatu hati.....dah dekat PRU ni, minta apa pun boleh dpt.
Bila PM&TPM arahkan , mesti pegawai lain ikut punya. Cthnya, gur kerja 9 jam. Bila diarah batal oleh TPM, Tan Sri KPPA pun batalkan arahan tu...

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang dikatakan janji tak ditepati.