Sabtu, 18 Februari 2012

Guru Tidak Akan Naik Pangat Secara Automatik, Kata Muhyiddin

GEORGETOWN, 18 Feb (Bernama) -- Kenaikan pangkat guru-guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui proses temuduga dan sebagainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan setelah perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini telah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil-wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, dekat sini, Sabtu.

Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik sebanyak 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.

BERNAMA: 18 Februari 2012

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RAMAI YG TAK FAHAM ANTARA"

1) NAIK PANGKAT
2) BERUBAH GRED/SKIM

MENTERI FAHAM Ke TAK AGAKNYA?

Mamat berkata...

Isu 15,000 guru adalah isu tidak naik gred BUKAN naik pangkat

Naik gred bermakna seseorang telah memenuhi syarat perlantikan perjawatan seperti:

1. Kelayakan akademik/ijazah yang sesuai dengan gred berkenaan
2. Tiada iklan tapi pemohon memohon ke jawatan gred baru yang lebih tinggi
3. Ditemuduga dan lulus
4. Diperaku untuk tawaran lantikan
5. Menerima tawaran
6. Dilantik secara rasmi ke gred berkenaan
7. Diurus oleh SPP


Naik Pangkat diberi tawaran naik pangkat dengan menduduki jawatan yang lebih tinggi dari yang sedia ada setelah memenuhi syarat perkhidmatan dan beberapa kreteria lain;

1. Lama mana berkhidmat atas gred sekarang (8 tahun atau 10 tahun)
2. Lulus PTK / Prospek
3. Diiklan dan pemohon memohon
4. Mencapai Nilaian Prestasi yang ditentukan
5. Diputuskan berjaya / gagal oleh Lembaga Naik Pangkat

Itulah secara MUDAH nya. Harap pegawai menteri dan pegawai KPM terang kepada menteri agar jangan buat kenyataan yang mengelirukan

Tanpa Nama berkata...

BETUL tu....satu lagi, wartawan akhbar pun kena faham jugak...

Guru Siswazah berkata...

Betullah tu..rupanya menteri pun bego juga tidak faham maksud naik pangkat dengan naik gred...

kalau istilah tu pun tidak tahu apa lagi soal sistem pendidikan

guru siswazah lama berkata...

Perlantikan Jawatan Hakiki GPK di sekolah menengah berlaku "bias" dan tidak adil kerana ada GPK yang dilantik dari kalangan guru yang lebih junior manakala KB lebih senior. Sepatutnya kekananan guru di sekolah adalah berdasarkan senioriti dalam jabatan bukan siapa yang pengetua suka.....