|
|
KUALA LUMPUR - Empat bilik darjah sementara akan disediakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Serdang dekat sini untuk mengatasi kekurangan bilik darjah di sekolah itu berikutan kejadian siling runtuh kelmarin.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany berkata, kejadian siling runtuh di dua bilik darjah di Blok A pada pukul 8.50 pagi menyebabkan sekolah tersebut kekurangan bilik darjah untuk menempatkan 160 pelajar.
"Bagaimanapun kita bersyukur kerana tiada pelajar yang cedera dalam kejadian ini," katanya ketika melawat sekolah itu semalam.
Devamany berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati Blok A yang menempatkan empat bilik darjah tidak selamat digunakan kerana terdapat banyak masalah termasuk pendawaian, kebocoran atap dan serangan anai-anai.
Kosmo Online: 17 Februari 2012
1 ulasan:
Penilaian bangunan yang cuaI oleh JKR
SMK. Kota Marudu II adalah satu contoh sekolah yang disiapkan mengikut pelan ciptaan para kontraktor yang terpilih membina sekolah.
Banyak siling yang jatuh nasib baik belum ada pelajar yang kena
siapa harus dipersalahkan???? Mana standard JKR yang membuat penilaian?????
Rasuah..rasuah...
Catat Ulasan