KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.
Presidennya Hashim Adnan berkata sehubungan itu wakil guru sekolah di Batu Pahat tersebut telah membuat laporan kepada NUTP Rabu lepas.
Pentabir sekolah dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada 50 guru berkenaan untuk membuat sumbangan berikutan kenaikan gred mereka ke gred tersebut.
"Tujuan kutipan wang tersebut tidak diberikan penjelasan yang lengkap dan kaedah pengumpulan itu hanya tertera kepada guru yang memegang jawatan itu," katanya pada sidang media di sini Jumaat.
Hashim berkata sebarang kutipan wang dari pihak sekolah, sama ada melibatkan guru atau ibu bapa perlu mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran.
BERNAMA: 24 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Mohon sumbangan derma tapi WAJID diberi..pelik tapi benar... Setiap tahun guru2 akan diminta untuk meyumbangkan derma bagi menyambut HARI GURU.. Duitnya bukan untuk guru2 di sekolah tapi sambutan HARI GURU peringkat negeri.. Yang dikutipnya semua guru2 dalam satu negeri tapi yang dijemput ke majlis tersebut hanya wakil2 yang lebih kepada Guru Besar/Penegtuasekolah.. ADIL ke ni..DERMA PAKSA..Mohon le Pihak2 yang nak menganjurkan SAMBUTAN HARI GURU peringkat NEGERI cari le sumbangan dengan pihak lain atau mohon buget KHAS dari Kerajaan Negeri untuk majlis berkenaan kerana ada guru yang TIDAK IKHLAS untuk menyumbang majlis seperti ini . Adalah baik guru2 kutip derma dan buat jamuan untuk seluruh pelajarnya di sekolah bagi sambutan hari guru.. Sekian.. guru biasa
Catat Ulasan